Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

LIKU-LIKU MALAYSIA MENUJU SISTEM PENDIDIKAN YANG MADANI

  1.        Melihat kepada keterujaan Perdana Menteri Malaysia ke -10, Anwar Ibrahim untuk melihat sistem pendidikan direformasikan berpaksi kepada konsep Madani telah memberikan seribu harapan kepada penulis dan juga mereka yang risau akan kecelaruan sistem pendidikan sedia ada.   2.        Tekad PM10 untuk melihat sistem pendidikan yang mampu melahirkan manusia yang bukan hanya mahir menguasai teknologi dan cerdik membangunkan negara, sebaliknya turut juga menjadi manusia yang seimbang dengan nilai akhlak yang baik, integriti yang tetap serta jiwa insaniah yang luhur kepada agama, bangsa dan negara.   3.        Malaysia MADANI yang ditawarkan oleh PM10 kepada negara harus bermula dengan sistem pendidikan yang MADANI. Di mana ia merujuk kepada tekad bekas Menteri Pendidikan (1986-1990) itu mengolah sistem demi melahirkan manusia yang penulis catatkan diatas tadi. Namun kit...

PERLUMBAAN PEMIMPIN PPBM : HAMZAH DAN RADZI MENDAHULUI AZMIN DAN FAIZAL?

  1.        PRU ke-15 yang lalu menyaksikan laluan Azmin Ali sebagai pelopor penubuhan kerajaan pintu belakang tahun 2020 tersekat apabila beliau gagal mempertahankan kemenangan di kerusi Parlimen Gombak di tangan anak didiknya Amirudin Shari dengan ketinggalan 15 ribu undi.   2.        Sejak itu, kita melibat pergerakan Azmin dihadapan umum semakin suram dan perlahan. Meskipun mengharapkan PN berjaya menubuhkan kerajaan pasca PRU ke-15 yang secara tidak langsung beliau mungkin ditabalkan sebagai ahli Dewan Negara, pengharapan itu gagal setelah YDP Agong menitahkan kerajaan perpaduan dibentuk.     3.        Bagi penglipur lara PBBM/PN, Ahmad Faizal Azumum pula, apabila calon PM dari HARAPAN mengisytiharkan bahawa Anwar akan bertanding di Parlimen Tambun, masa depan politik Faizal sudahpun gelap. Mencuba dengan pelbagai propaganda seperti isu ‘Ayor’ DAN ‘Ayer’ untuk mer...

JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN ADA AURA DAN KEWIBAWAANYA, FADHLINA JANGAN TERLEPAS PELUANG

  1.        Sedar bahawa pelantikan Anwar Ibrahim sebagai PM10 memberi sinar yang begitu cerah buat rakyat Malaysia, malah sebulan pertama keberadaan beliau di Seri Perdana sering menjadi perhatian umum dalam dan luar negara. Namun, apabila jemaah menteri diumumkan, rakyat menjadi kembali bingung dan risau akan kedudukan Anwar Ibrahim, barangkali rakyat melihat kegagalan menteri lantikan beliau akan memberi kesan buruk pada reputasi Anwar itu sendiri.   2.        Bagi Fadhlina Sidek yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen serta pertama kali memikul amanah sebagai Ketua Wanita KEADILAN, tugas sebagai menteri pendidikan menjadi untung nasib beliau dalam arena politik.     3.        Hal ini kerana episod pertama politik beliau mula dicatat sebagai menteri pendidikan bukannya jawatan sebelum ini sebagai ahli Dewan Negara(P.Pinang) dan Biro Guaman Wanita KEADILAN. J...

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

3 FAKTOR MENGGUGAT KEWIBAWAAN ANWAR IBRAHIM UNTUK MEMPENGARUHI PRN 6 NEGERI

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM10, orang awam khususnya rakyat berkelas sedarhana terus meruja teruja dengan sosok pemimpin Malaysia yang baru. Hampir setiap hari, ada sahaja kenyataan mahupun tindakan yang dilakukan oleh PM10 mencetuskan pandangan positif rakyat kepada masa depan negara ini.   2.        Bukan setakat ahli KEADILAN dan penyokong HARAPAN sahaja yang memerhatikan kepimpinan pemimpin dambaan mereka ini, malah rakyat juga mula memberikan perhatian dan sokongan kepada Ahli Parlimen Tambun ini.     3.        Namun keterujaan ini hanyalah daripada padangan umum sahaja, sebaliknya bagi penggerak parti politik, masa pertarungan kembali tiba apabila 6 negeri dibubarkan dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang. Semestinya ketenangan dan kedamaian yang dikecapi selepas kerajaan perpaduan ini dibentuk akan terhakis apabila kesemua parti politik ...

PRU KE-15: SIAPA BAKAL BERTEMPUR DI GOMBAK?

  1.        Sejak beberapa siri Pilihan Raya Umum yang lalu kerusi Parlimen Gombak merupakan kerusi yang sering menjadi pertempuran. Bukan dikategorikan kerusi pertempuran tokoh-tokoh besar, namun ia tetap menjadi perhatian penganalisis politik dalam dan luar negara memandangkan sejak tahun 2008, kerusi Parlimen Gombak ini disandang oleh pemimpin politik besar iaitu Azmin Ali. Azmin Ali yang sebelum ini dikenali sebagai orang kanan Anwar Ibrahim menapak ke puncak kepimpinan KEADILAN sehinggalah dipilih sebagai Timbalan Presiden KEADILAN.   2.        Dalam lipatan sejarah, Parlimen Gombak diwujudkan setelah proses persempadanan semula kerusi-kerusi Parlimen dan DUN pada tahun 1995. Sebelum PRU ke-9, pengundi dikawasan Gombak berada dibawah Parlimen Selayang. Sejak kewujudan Parlimen Gombak, Barisan Nasional melalui UMNO berjaya menawan kerusi ini sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1995, 1999 dan 2004, begitu juga mel...

SEBAB-SEBAB PARTI AMANAH AKAN MENJADI PILIHAN ORANG MELAYU ISLAM

1.   Hari demi hari gendang Pilihan Raya Umum dipalu bertalu-talu. Khususnya di pihak Barisan Nasional (BN) mahu PRU diadakan segera. Tambah Presiden UMNO sendiri mengemukakan sebab-sebab mengapa PRU harus diadakan secepat mungkin. Namun sehingga hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri masih dilihat belum cenderung untuk membubarkan Parlimen meskipun didesak oleh pimpinan UMNO sendiri.   2.     Baru-baru ini juga, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menubuhkan Gagasan Tanah Air (GTA) yang diasaskan bersama partinya PEJUANG, parti pimpinan Ibrahim Ali, PUTRA dan beberapa parti lain berasaskan melayu Islam. Kata Tun, penubuhan gagasan ini untuk dijadikan pilihan kepada orang melayu bergantung harap dalam PRU akan datang agar melayu kembali dipulihkan kedudukannya. Tambah beliau, UMNO sebagai parti harapan orang melayu sebelum ini tidak boleh dipertaut lagi akibat masalah korupsi dan integriti parti.     3.    Apa...