Langkau ke kandungan utama

PERLUMBAAN PEMIMPIN PPBM : HAMZAH DAN RADZI MENDAHULUI AZMIN DAN FAIZAL?

 



1.       PRU ke-15 yang lalu menyaksikan laluan Azmin Ali sebagai pelopor penubuhan kerajaan pintu belakang tahun 2020 tersekat apabila beliau gagal mempertahankan kemenangan di kerusi Parlimen Gombak di tangan anak didiknya Amirudin Shari dengan ketinggalan 15 ribu undi.

 

2.       Sejak itu, kita melibat pergerakan Azmin dihadapan umum semakin suram dan perlahan. Meskipun mengharapkan PN berjaya menubuhkan kerajaan pasca PRU ke-15 yang secara tidak langsung beliau mungkin ditabalkan sebagai ahli Dewan Negara, pengharapan itu gagal setelah YDP Agong menitahkan kerajaan perpaduan dibentuk.

 

 

3.       Bagi penglipur lara PBBM/PN, Ahmad Faizal Azumum pula, apabila calon PM dari HARAPAN mengisytiharkan bahawa Anwar akan bertanding di Parlimen Tambun, masa depan politik Faizal sudahpun gelap. Mencuba dengan pelbagai propaganda seperti isu ‘Ayor’ DAN ‘Ayer’ untuk meredakan kemaraan Anwar, tetapi tanggapan umum ketika itu sudah pun merasakan Faizal akan ketinggalan dalam penggal ke 15 Parlimen Malaysia ini.

 

4.       Sebaliknya, kemenangan Radzi Jidin di Putrajaya dan pelantikan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang mewakili PN menjadi satu kejutan besar politik pembangkang.

 

 

5.       Radzi gagal mencipta kemenangan pertama apabila kalah di Parlimen Kerteh pada PRU ke-14 dengan hilang wang pertaruhan, namun kembali menebus maruah masuk ke Parlimen melalui pintu depan dengan menumbangkan gergasi politik negara Tengku Adnan. Kemenangan Radzi itu telah melonjakkan nama beliau dalam PPBM/PN serta meletakkan beliau orang terkanan PBBM yang mempunyai kerusi Parlimen selepas Mahiaddin.

 

6.       Penonjolan Radzi dalam PPBM dan PN seakan direstui oleh pimpinan apabila beliau dipilih menggantikan portfolio Azmin ketika menjadi kerajaan dahulu dengan memikul portfolio kewangan dan ekonomi dibawah kabinet bayangan.  Sama ada Radzi memang hebat sebagai pemikir ekonomi dan kewangan atau Radzi kelihatan gagal di sektor pendidikan menyebabkan pimpinan meletakkan beliau di situ. Hampir pasti kedudukan Azmin satu ketika dahulu diserahkan kepada Radzi.

 

 

7.       Bagi pelantikan Hamzah pula, ia memberikan simbolik kepada PPBM dan PN bahawa apabila ketiadaan Mahiaddin kelak, Hamzahlah akan menggantikan tempat beliau. Ini memberikan kelebihan politik yang lebih kepada Hamzah berbanding Azmin dan Faizal.

 

8.       Umum mesti memahami bahawa PPBM yang ada hari ini adalah hasil kocakan Politik Langkah Sheraton, maka kuasa dan kedudukan akan menjadi penentu kepimpinan PBBM/PN.

 

 

9.       Oleh itu, dalam keadaan terkini, Hamzah dan Radzi menjadi tumpuan sebagai pelapis Mahiaddin yang dibentangkan permaidani merah oleh kepimpinan PN. Manakala Azmin dan Faizal ketinggal akibat tiadanya kedudukan yang setara untuk ditonjolkan.

 

10.   Khabar angin yang mengatakan Azmin bakal menggempur Selangor dalam PRN yang bakal tiba adalah satu langkah politik beliau untuk memastikan beliau kekal dalam arena politik semasa. Sebaliknya jika beliau gagal menenangi sebarang kerusi DUN dan membentuk kerajaan di Selangor, kemungkinan perjalanan politiknya terhenti seketika.

 

 

11.   Faizal pula masih mencari formula yang tepat untuk menonjolkan diri dihadapan umum dan sedaya upaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PPBM.

 

12.   Ruang dan peluang Hamzah serta Radzi untuk naik setapak lagi ke atas menjadi terbuka.

 

 

13.   Adakah perlumbaan antara Hamzah, Radzi dan Azmin serta Faizal bakal berlaku dalam kepimpinan PBBM akan datang? Kita nantikan..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...