Langkau ke kandungan utama

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

 



1.       Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.

 

2.       Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.

 

 

3.       Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.

 

4.       Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.

 

 

5.       Begitulah kerajaan hari ini, apabila orang kepercayaan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Digital yang bagi saya segala aspek penerangan dibawah jagaan beliau, maka keyakinan saya kembali memuncak bahawa Kerajaan Perpaduan ini mampu mengekang propaganda pihak lawan dan mengelakn reputasinya seperti mula-mula kerajaan ini dibentuk.

 

6.       Ingatkah satu ketika dahulu, setelah UMNO berpecah dua akibat persaingan jawatan Presiden UMNO antara Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah? Tun yang ketika itu menubuhkan UMNO Baru melantik Allahyarham Dato Mohamed Rahmat sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan.

 

 

7.       Tun memilih Tok Mat yang setia kepadanya untuk menjalankan misi besar bagi memulihkan semula sokongan ahli UMNO mahupun rakyat kepada Tun dan kerajaan. Mana tidaknya, perpecahan itu menyebabkan Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan, ini satu kejadian luar biasa dalam UMNO yang menandakan bahawa UMNO mengalami krisis kepercayaan.

 

8.       Apa yang tok mat buat untuk naikkan imej Tun dan kerajaan?? Tok mat merupakan pemimpin yang sangat mahir dalam seni propaganda, meskipun propaganda dilihat negatif, namun elemen propaganda sangat diperlukan dalam politik khususnya untuk memulihkan imej politikus.

 

 

9.       Tok mat menguasai RTM sebagai platform utama ketika itu dan menerbitkan lagu ‘SETIA’ sebagai salah satu usaha memupuk kesetiaan rakyat kepada pemimpinan negara.

 

10.   Tok mat juga yang memimpin Kementerian Penerangan pada tahun 1987 sehingga 1999 mengadakan roadshow seluruh negara dengan nama Setia Bersama Rakyat (SEMARAK). Dengan langkah itu, imej Tun dan kerajaan berjaya dipulihkan.

 

 

11.   Lagu SETIA terus meniti dibibir rakyat yang secara tak langsung rakyat akan mengingat kepada kepimpinan Tun M era 80an dan 90an.

 

12.   Begitulah harapan saya kepada Fahmi Fadzil yang diberikan amanah tersebut. Imej kerajaan hari ini jika tidak dijaga dan dijana dengan aksi-aksi baharu, maka ia mampu menenggelamkan reputasi kerajaan ini.

 

 

13.   Mengapa politikus dahulu, berani melakukan Langkah Sheraton? Kerana ketika aksi tersebut, reputasi kerajaan PH sangat rendah, sebab itu mereka berani melompat. Cuba bayangkan ketika itu kerajaan ini kekal mendahului sebarang maklumat dan gelombang, politikus tidak berani melompat kerana takut dimarahi rakyat yang sayang akan kerajaan berreputasi tinggi ini.

 

14.   Maka mulai sekarang setiap menteri dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil perlu membentuk naratif yang akan mendorong rakyat sayang akan kerajaan ini. 2 tahun yang pertama ini kerajaan perlu mendahulukan aksi yang menyebabkan rakyat yakin dan mahu kerajaan ini dikekalkan selain membetulkan masalah ekonomi negara.

 

 

15.   Cipta naratif yang sesuai atas kapasiti kerajaan dan manfaatkannya supaya maklumat dan langkah kerajaan perpaduan sampai ke pengetahuan rakyat.

 

16.   Ingat kelemahan lalu, baiki sehabis baik.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IMEJ 'AMANAH DI HATIKU'

  Dua tiga minggu ini, sama ada di media sosial mahupun media massa banyak membicarakan soal kelangsungan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam politik Malaysia. Penulis tidak pasti, sejak bila kedudukan AMANAH ini diperdebatkan, namun penulis perasan ia bermula apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) AMANAH Negeri Johor berpindah ke parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun perpindahan tiga ADUN ini ke dalam PKR adalah sejak 2020, namun ia diumumkan secara rasmi beberapa minggu yang lalu. Sejak pengumuman itu, pelbagai hujahan dan kritikan terhadap AMANAH dilemparkan. Sama ada ia mahu mengukuhkan AMANAH atau mahu memencilkan AMANAH dalam politik Malaysia, ia lebih banyak membicarakan soal sikap yang diamalkan oleh AMANAH dan jalan yang harus dipilih oleh AMANAH sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tiba. Penulis mengambil maklum dan membaca segala rencana-rencana tersebut dan penulis akui bahawa persoalan diatas amatlah penting...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...