1. Sedar
bahawa pelantikan Anwar Ibrahim sebagai PM10 memberi sinar yang begitu cerah
buat rakyat Malaysia, malah sebulan pertama keberadaan beliau di Seri Perdana
sering menjadi perhatian umum dalam dan luar negara. Namun, apabila jemaah
menteri diumumkan, rakyat menjadi kembali bingung dan risau akan kedudukan
Anwar Ibrahim, barangkali rakyat melihat kegagalan menteri lantikan beliau akan
memberi kesan buruk pada reputasi Anwar itu sendiri.
2. Bagi
Fadhlina Sidek yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen serta pertama
kali memikul amanah sebagai Ketua Wanita KEADILAN, tugas sebagai menteri
pendidikan menjadi untung nasib beliau dalam arena politik.
3. Hal
ini kerana episod pertama politik beliau mula dicatat sebagai menteri
pendidikan bukannya jawatan sebelum ini sebagai ahli Dewan Negara(P.Pinang) dan
Biro Guaman Wanita KEADILAN. Jika beliau besara dalam politik 40 tahun lagi,
sejarah beliau menyertai KEADILAN dan dipilih sebagai ahli Dewan Negara menjadi
episod kecil dalam biografi beliau, tetapi episod beliau menjadi Menteri
Pendidikan akan tercatat sebagai episod utama.
4. Selain
itu juga, harus difahami bahawa posisi sebagai Menteri Pendidikan bukanlah
kepalang, ia posisi yang mempunyai nilai tersendiri, aura serta kewibawaannya
apabila seorang politikus berada di kerusi tersebut.
5. Bagi
UMNO, kerusi Menteri Pendidikan merupakan salah satu posisi idaman mereka
termasuk Menteri Kewangan. Bukan hanya faktor kewangan, namun posisi tersebut
menjadi posisi yang boleh memasarkan imej politikus itu secara tak langsung.
6. Bayangkan
sampai satu ketika dahulu, pemerhati politik (juga terikut oleh politikus UMNO)
berpendapat, jika mahu menjadi Perdana Menteri, maka perlu duduk sebagai
Menteri Pendidikan dahulu. Itu syarat menjadi PM kelak. Ertinya, posisi menteri
pendidikan bukan untuk politik yang berkarisma semata-mata, namun politikus
yang berada diposisi itu akan membentuk karisma mereka dek tugas yang mencabar
di KPM.
7. Faktor
lain adalah, menteri pendidikan yang memimpin sektor pendidikan mengusai
peratusan terbesar dari segi peruntukan bajet negara, ia juga memimpin golongan
penjawat awam teramai iaitu guru serta urusannya melibatkan generasi sejak
kanak-kanak sehinggalah menjadi belia bawah 21 tahun.
8. Peranan
ini menunjukkan bahawa Menteri Pendidikan itu mempunyai tanggungjawab yang
besar mencorak kedudukan kewangan negara yang berupaya memberi impak kepada
pendidikan. Ia juga menjadi pemimpin kepada guru yang dianggap arkitek
pembangunan negara. berjaya menteri memimpin KPM, maka guru-guru ini akan
menyokong dan mendorong anak-anak murid menyokong menteri tersebut. Ia juga
diberi peluang mencorak masa depan negara yang dibentuk sekarang oleh generasi
bawah 21 tahun. Baik buruk negara ini, salah satunya ditentukan oleh menteri
pendidikan.
9. Nama-nama
yang pernah duduk di kerusi menteri pendidikan bukannya politikus biasa, mereka
menjadi nama besar selepas memikul amanah tersebut. Antaranya Tun Abd Razak,
Rahman Talib, Tun Mahathir, Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Anwar
Ibrahim, Sulaiman Daud serta Mazslee Malik.
10. Oleh
itu penulis berharap agar peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Fadhlina
memandangkan inilah ruang utama beliau boleh menunjukkan kewibawaannya. Sampai
masa beliau memanfaatkan ruang ini bagi memperoleh ‘kemenangan politik’ sedang
nama beliau sepatutnya perlu meniti dibibir guru, murid dan ibubapa. Meski
angin mampu membawa Fadhlina kepuncak wibawa dalam KPM, namun beliau sendiri
harus memparkan usaha dan daya beliau duduk dipuncak kewibawaan KPM. Politik
adalah perang persepsi, jangan terlepas peluang.
11. Masa
untuk meninjau keadaan akar umbi boleh diteruskn, namun dalam masa yang sama,
KPM perlulah mengumumkan langkah awal mahupun inisiatif awal yang memberikan
impak kepada kedudukan sistem pendidikan negara. Bagaimana Antony Loke, Hannah
Yeoh dan Mohamad Sabu mengumumkan pelbagai inisiatif awal yang memperlihatkan
keprihatinan mereka kepada rakyat, maka Fadhlina juga perlu melakukan
sedemikian. Ingat, buat rakyat sayang akan kerajaan ini.
12. Ada
banyak isu kritikal dalam pendidikan yang boleh dijadikan asas pembentukan
inisiatif awal beliau, daripada isu PBS-UPSR/PT3, moratorium sewa kantin,
pengambilan guru one-off, serta pemerkasaan sekolah-sekolah TVET boleh
dijadikan sandaran isu beliau.
13. Sepatutnya
kini, Fadhlina dan pasukannya telah mengumumkan senarai inisiatif yang telah
dilakukan selama sebulan memimpin KPM. Ada berapa sekolah daif telah dibaiki?
Berapa jumlah guru one-off yang telah selesai menjalani kursus induksi sebagai
guru? Apa langkah bagi mengatasi kekangan yang wujud untuk melaksanakan PBS?
Ini semua jawapan yang boleh dijawab oleh Fadhlina serta pasukannya, dengan itu
keprihatinan dan kewibawaan menteri pendidikan kerajaan perpaduan terselah.
Pasukan media Fadhlina juga perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk
mendahului sentimen kerajaan memandangkan ramai guru merupakan penyokong jelas
PN.
14. Dulu
semasa PH pembangkang, ada banyak teguran yang kita sampaikan kepada Radzi
Jidin selama 2/3 tahun beliau memimpin KPM. Ternyata ia berimpak malah PH
menjadi salah satu pihak semak imbang perjalanan KPM.
15. Usah
takut di tohmah dan di ‘troll’ apabila mengeluarkan kenyataan, sedang ketika
menteri dan timbalan menteri pendidikan senyap, ia memberikan lebih banyak
ruang fitnah dan penipuaan orang awam kepada prestasi anda. Biarlah anda
dibahan sekali-sekala, yang penting anda dilihat sedang berusaha untuk
meringankan masalah rakyat melalui sistem pendidikan.
16. Saya
sendiri mengharapkan ruang kebebasan memimpin Fadhlina dalam KPM akan
menatijahkan satu impak besar dalam sistem pendidikan dengan syarat, aspirasi
pendidikan yang dibawa oleh PH sejak semasa pembangkang perlu diambil kira dan
bersedia mendengar semua pandangan.
17. Tidak
sabar mahu mendengar pandangan umum bahawa Fadhlina adalah menteri wanita
pertama menjadi pendidikan dan berjaya membina sistem pendidikan yang
berkualiti buat Malaysia. Insya Allah
Ulasan
Catat Ulasan