Langkau ke kandungan utama

LIKU-LIKU MALAYSIA MENUJU SISTEM PENDIDIKAN YANG MADANI

 


1.       Melihat kepada keterujaan Perdana Menteri Malaysia ke -10, Anwar Ibrahim untuk melihat sistem pendidikan direformasikan berpaksi kepada konsep Madani telah memberikan seribu harapan kepada penulis dan juga mereka yang risau akan kecelaruan sistem pendidikan sedia ada.

 

2.       Tekad PM10 untuk melihat sistem pendidikan yang mampu melahirkan manusia yang bukan hanya mahir menguasai teknologi dan cerdik membangunkan negara, sebaliknya turut juga menjadi manusia yang seimbang dengan nilai akhlak yang baik, integriti yang tetap serta jiwa insaniah yang luhur kepada agama, bangsa dan negara.

 

3.       Malaysia MADANI yang ditawarkan oleh PM10 kepada negara harus bermula dengan sistem pendidikan yang MADANI. Di mana ia merujuk kepada tekad bekas Menteri Pendidikan (1986-1990) itu mengolah sistem demi melahirkan manusia yang penulis catatkan diatas tadi. Namun kita harus sedar bahawa liku-liku untuk membentuk sistem pendidikan yang MADANI sangat mencabar serta perlukan masa untuk diperbaiki.

 

 

4.       Umum mesti menyedari, bahawa sejak negara memasuki Abad ke-21, sistem pendidikan negara kita tidak berjaya melakukan anjakan ke hadapan yang mampu memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Malah kita sedang ketinggalan jauh berbanding negara ASEAN yang lain akibat gagalnya peneraju KPM menyedari akan keperluan sistem ditambah baik mengikut zamannya. Apabila pandemik Covid-19  membadai negara, ketempangan sistem pendidikan sedia ada menyebabkan ia lumpuh.

 

5.       Bagi negara luar, inilah masa yang sesuai untuk merombak sistem pendidikan secara besar-besaran. Sistem yang perlu di ‘restart’ semula boleh diselitkan dengan proses ‘restructure’ agar anjakan baru boleh dilakukan selain meneruskan agenda asal pendidikan masing-masing. Malangnya negara kita tidak menggunakan peluang yang ada dan membiarkan kita mundur kebelakang seribu langkah.

 

 

6.       Pastinya untuk menterjemahkan konsep MADANI dalam pendidikan yang berliku mampu diusahakan antara konsep MADANI dan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN pula yang setelah bertahun-tahun menjadi kerangka besar pendidikan negara tersekat dipersimpangan antara komodenan dan kemampanan Malaysia pada Abad ke-21, natijahnya FPN dianggap tidak lagi mampu berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi akan datang. Sedangkan penulis bertegas dari awal bahawa FPN harus dikemaskini mengikut arus zamannya, sebaliknya pula yang berlaku. Kini terlantiknya PM10, mewujudkan sinar baharu kepada pendidikan negara.

 

KEMAMPANAN

7.       Harus disedari bahawa nilai pertama dalam MADANI yang diperkenalkan oleh PM10 adalah kemampanan yang merujuk kepada pengekalan aspek keaslian dengan mengimbangi proses pembangunan  yang berlaku. Melalui pendidikan di Malaysia, kurikulum menjadi satu nadi utama yang paling asas untuk memastikan nilai keaslian yang ada di Malaysia dikekalkan dengan cara membangunkan anak bangsa dengan amalan pendigitalan dan teknologi tanpa meruntuhkan nilai ketimuran dan kemajmukan yang ada di Malaysia. Membina negara bangsa menjadi Malaysia MADANI dimulakan dengan pengisian kurikulum yang mampan dari semua segi tanpa merobek nilai keilmuan dan tatacara orang Malaysia.

 

KESEJAHTERAAN

8.       Guru dan murid menjadi faktor utama proses pendidikan negara berfungsi, gagal guru mendidik maka proses pendidikan itu gagal. Begitu juga murid gagal memahami apa yang dididik, maka proses pendidikan juga gagal. Namun ia perlu berbalik kepada kelompongan asas yang gagal ditangani sejak profesionalisme guru di anak tirikan. Beban tugas guru yang melampau tidak mampu mencetuskan rasa ghairah untuk mengajar(saya gunakan istilah mengajar sedangkan istilah yang sepatutnyan mendidik). Guru dipersimpangan atas tuntutan kerja pengurusan dan pendidikan. Kejiwaan guru-guru untuk mengajar dirompak oleh pelbagai arahan pengurusan yang langsung tidak memberi kesan langsung kepada murid. Maka kesejahteraan guru dirampas oleh penggubal dasar yang bukan dikalangan pendidik.

 

9.       Dari perspektif murid pula, mata pelajaran yang dihidangkan telah membentuk satu andaian baru dalam pemikiran mereka untuk mengalah dalam pendidikan. Lebih malang lagi, sistem pentaksiran yang senantiasa bertukar mengikut citarasa pemimpin politik, hanya menjadikan murid sebagai alat bereksperimentasi sahaja. Revolusi dunia yang terkehadapan berbanding sistem pendidikan yang seribu langkah jauh di belakang menghambat murid untuk meletakkan pendidikan ditangga kedua atau ketiga dalam kepentingan hidup. Jelas, ia merampas seluruh kebahagian murid ketika proses mereka membesar dan sepatutnya sekolah menjadi taman ilmu dianggap sebagai penjara pemikiran. Oleh itu, kesejahteraan yang nilai kedua dalam Malaysia MADANI dihalakan kepada kesejahteraan guru dan murid perlu menjadi asas penting kepada pembentukan sistem pendidikan yang madani.

 

 

DAYA CIPTA

10.   Penulis menterjemahkan daya cipta dalam MADANI sebagai nilai ketiga sebagai proses pengkaryaan. Seorang guru, pentadbir pendidikan mahupun pemimpin KPM perlu bebas berkarya yang merujuk kepada berkeupayaan membina pelbagai inisiatif baharu demi memanusiawikan muridnya. Guru boleh berkarya dengan mencipta pelbagai pedagogi mengajar serte pendekatan untuk mendekatkan murid kepada mereka. Pentadbir pendidikan dan pemimpin KPM pula diberi ruang seluasnya untuk memperbaharui, mereka cipta atau mereka baharu dasar dan arahan yang jelas membantu membangunkan potensi murid. Hakikatnya hari ini guru disekat untuk berkarya ataupun terpaksa meninggalkannya akibat tekanan tugas yang melampau. Murid pula, bebas berkarya dalam bentuk pemikiran dan disiplin ilmu untuk membina potensi masing-masing.

 

HORMAT

11.   Hormat itu mempunyai banyak tafsirannya, tetapi bagi penulis penghormatan kepada legasi ilmu dan profesionalisme guru harus diberi keutamaan. Guru mempunyai jumlah paling ramai di Malaysia, guru pemangkin runtuh bangun negara ini. Namun kenapa masyarakat sanggup merendahkan martabat guru termasuk pemain politik yang menjadikan guru sebagai ‘punching bag’? murid pula perlu menghayati kedamaian antara masyarakat yang pelbagai kaum. Perlu terima hakikat yang disemai melalui proses pendidikan bahawa Malaysia itu akan hidup seribu tahun lagi dengan kebersamaan antara pelbagai kaum. Jika sistem yang memecahkan mereka, maka MADANI yang digambarkan tidak sama sekali dicapai.  Murid dan masyarakat menghormati guru, murid menghormati kemajmukan rakyat.

 

KEYAKINAN

12.   Sistem pendidikan negara mestilah diyakinan semua pemegang taruh. Ia termasuk guru meyakini sistem yang ada mampu diaplikasikan didalam kelas serta mampu memanusiawikan muridnya. Murid pula perlu merasa yakin bahawa dengan pendidikan yang disediakan ini, murid mampu menjadi warganegara Malaysia yang bekerjaya, berintegriti dan matang dalam bermasyarakat. Ibubapa juga merasa yakin akan pendidikan MADANI yang boleh menyelamatkan anak-anak mereka dari pengangguran, kejahilan dan kemungkaran dunia. Maka nilai kelima yang merujuk kepada keyakinan menjadi tunjang asas pembentukan sistem pendidikan.

 

IHSAN

13.   Nilai Ihsan sepatutnya telah ditagih sejak dahulu, kerana Malaysia bermajoritikan orang Islam yang adanya sifat Ihsan. Bukan Islam juga mempunyai nilai kemanusian yang seiring dengan Ihsan. Maka Ihsan dalam bentuk pendidikan hari ini selain daripada berjaya melahirkan guru dan murid bersifat ihsan, sistem pendidikan itu juga mempunyai nilai keihsanannya dalam mengeluarkan masyarakat daripada kepompong kemiskinan. Malaysia perlu lari dari amalan pendidikan yang memiskinkan rakyat sebaliknya, dengan pendidikan MADANI rakyat terkeluar dari kancah kemiskinan.

 

14.   Itulah liku-liku yang harus Malaysia pasca PRU ke-15 hadapi demi melihat sistem pendidikan yang MADANI. Menyelusuri perjuangan PM10, penulis yakin agenda pendidikan tidak akan dikesampingkan meski sektor ekonomi dan politik punya tekanan yang tinggi. Penulis hanya menulis dari asas penulis sebagai rakyat biasa dan tidak bermadah mengikut bahasa pendidikan dan saranan keilmuan, kerana itu tugas pakar-pakar pendidikan untuk menyumbangkannya.

 

 

Moga sistem pendidikan negara berjaya dipulihkan. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...