Langkau ke kandungan utama

Catatan

8 TAHUN: ISLAMKAH PERJUANGAN AMANAH?

  1.        Meskipun mencecah usia 8 tahun pada 16 September 2023 ini, AMANAH merupakan parti junior dalam HARAPAN berbanding UPKO,DAP dan KEADILAN masih belum menjadi pilihan utama pengundi Melayu Islam. Adapun kemenangan calon-calon AMANAH dalam siri Pilihan Raya pasca Langkah Sheraton disebabkan beberapa faktor seperti kewibawaan calon, sokongan pengundi bukan melayu dan dan gelombang semasa. Amat tipis jika mahu mendapatkan jawapan pengundi memilih AMANAH kerana perjuangan Islam.   2.        Persoalannya, benarkah AMANAH memperjuangkan Islam? Apakah beza AMANAH dan PAS sehingga terbahagi kepada dua jemaah? Yang lebih penting adalah dimanakah Islamnya AMANAH untuk dipertontonkan kepada masyarakat. Seperti tulisan penulis sebelum ini, mahu tidak mahu, AMANAH mesti menonjolkan keislamannya dari pelbagai sudut demi mendapat kepercayaan orang melayu Islam.   3.        Soal b...
Catatan terbaharu

TIBA MASANYA AMANAH TERJEMAH NILAI ISLAM YANG DIPERJUANGKAN DALAM KEPIMPINAN

  1.        Berakhirnya Pilihan Raya DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai tempoh hari menandakan tempoh jentera Pilihan Raya AMANAH untuk berehat. Tempoh bertenang ini diambil setelah jentera berhadapan 3 kali Pilihan Raya dalam tempoh kurang dari setahun iaitu bulan Disember 2022 untuk PRU ke-15, Ogos 2022 untuk 6 PRN dan 2 PRK yang ditandingi oleh AMANAH.   2.        Untuk menilai rekod AMANAH, pastinya beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi oleh AMANAH gagal dipertahankan meskipun wakil rakyat tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Antaranya di Parlimen, AMANAH gagal mempertahankan kerusi antaranya Tampin, Pokok Sena dan Lumut. Manakala di peringkat DUN pula, AMANAH yang berkhidmat cemerlang tumbang kepada PN seperti Sungai Ramal, Kubang Rotan dan Paroi.     3.        Asasnya AMANAH ditenggelamkan oleh sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh p...

SALAHUDDIN AYUB MENTERI YANG RAHMAH & AMANAH DEMI RAKYAT

  1.        Hampir 2 minggu berlaku, Almarhum Salahuddin Ayub meninggalkan kita semua. Penulis yang kebetulan telah berjanji untuk bertemu beliau pada hari Sabtu setelah almarhum pulang dari Kedah namun tidak kesampaian apabila hari Jumaat almarhum sakit dan pergi pada hari Ahadnya.   2.        Meskipun almarhum bukanlah seorang menteri yang berkhidmat begitu lama dalam kabinet Malaysia, namun keberadaan beliau selama 22 bulan di zaman HARAPAN dan 7 bulan di zaman PERPADUAN telah meninggalkan impak yang sangat besar bagi negara dan rakyat khususnya.     3.        Dalam tempoh beberapa bulan kerajaan PERPADUAN dibentuk, almarhum antara nama yang sentiasa disebut-sebut oleh rakyat. Bukan atas faktor portfolio yang beliau pikul sedang menjadi perhatian umum iaitu ‘kos sara hidup’ semata-mata tetapi yang lebih penting almarhum dan pasukannya berjaya mengawal keadaan terseb...

IMPIAN GERAKAN PIMPIN PULAU PINANG KIAN MALAP, TEMPAT BERPAUT KIAN RAPUH

  1.        GERAKAN memulakan langkah serang hendap untuk memimpin Pulau Pinang jika PN berjaya menguasai DUN Pulau Pinang dengan cuba mendapat sokongan melayu di Kerusi DUN Bayan Lepas.   2.        Dalam sejarah GERAKAN sejak ditubuhkan, tidak pernah calon Ketua Menteri GERAKAN mahupun ketua perang GERAKAN di Pulau Pinang bertanding di kerusi majoriti melayu demi kemenangan dalam Pilihan Raya.   3.        Lihat bagaimana Lim Chong Eu dan Koh Tsu Koon masing-masing bertahan di kerusi majoriti bukan Melayu dalam setiap PRU sehingga ditumbangkan oleh DAP. Sebaliknya Presiden GERAKAN yang dikhabarkan akan dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mewakili PN bertanding di kerusi milik PAS.   4.        Untuk permulaan, langkah GERAKAN telah pun sumbang dan canggung untuk bertempur apabila berpaut pada batang tubuh PAS bukannya atas faktor k...

FADZIL NOOR & ANWAR IBRAHIM AMAL GAYA POLITIK KEPENDIDIKAN UMAT

  1.        Anwar Ibrahim dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor mempunyai pendekatan politik yang hampir sama memandangkan mereka berdua memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik.   2.        Setelah tamat pengajian, Anwar Ibrahim menubuhkan Sekolah Yayasan ANDA dimana beliau berperanan selaku Guru dan Pentadbir Sekolah. Manakala Ustaz Fadzil merupakan Pensyarah dalam Pengajian Agama Islam di UTM yang ketika itu berpangkalan di Jalan Semarak Kuala Lumpur.     3.        Kerjaya seseorang sebelum menyertai bidang Politik amat mempengaruhi gaya dan pendekatan yang dibawa seseorang politikus. Jelasnya, Anwar dan Ustaz Fadzil tidak pernah meninggalkan bidang pendidikan sebagai salah satu bidang keutamaan yang disenaraikan dalam perjuangan mereka.   4.        Baik Anwar di dalam UMNO mahupun Ustaz Fadzil di dalam PAS, sering dibangkitkan so...

FADZIL NOOR: PEMIMPIN MODERAT YANG MEMBAWA ISLAM KE PUNCAK DAKWAH

  1.        Berasal dari kalangan tenaga akademik Pengajian Tinggi, Ustaz Fadzil Noor merupakan sosok pemimpin jemaah Islam yang mempunyai sentuhan berbeza dari pemimpin lain. Terdedahkan gaya bekerjasa secara profesional telah membentuk gaya kepimpinan Ustaz Fadzil yang lebih sederhana atau moderat dalam membawa mesej Islam pada zamannya.   2.        Dipilih sebagai Presiden PAS pada fasa elemen kepimpinan Ulamak dalam PAS yang baru berkembang dan menjadi pandu arah kepada perjalanan politik PAS, Ustaz Fadzil berjaya meluruskan pergerakan PAS yang hampir terpesong kearah gerakan yang berjalur keras dalam beragama. Meskipun menjadikan revolusi Iran sebagai role model kepimpinan Ulamak PAS, tetapi Ustaz Fadzil atas ketajaman dalam berfikir berjaya membentuk imej yang lebih mesra dan luas buat PAS.   3.        Ada beberapa elemen yang boleh penulis tekankan bahawa Ustaz Fadzil ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...