1. Naratif
melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak
dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan
pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.
2. Namun
UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah
adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC
didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor
belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.
3. Ustaz
Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara
menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya,
dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam
dimulai secara rasmi dan lebih dekat.
4. Dalam
petikan ucapan Dasar Presiden di Muktamar PAS tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor
menegaskan bahawa PAS ketika itu, menerima kewujudan pelbagai kaum, agama dan
budaya masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil mengemukakan
perjuangan PAS yang berpaksikan keadilan. Nilai yang bersifat universal itu
bukan hanya untuk orang melayu Islam sahaja malah untuk bukan melayu Islam
melalui hak sebagai warganegara Malaysia.
5. Dari
ucapan ini membuktikan bahawa Ustaz Fadzil telah memangkah sebarang sentimen
berbentuk ekstrimis dalam pendekatan
oleh PAS yang membolehkan PAS didekati oleh kelomok bukan melayu Islam.
6. Malah
jalur pemikiran Ustaz Fadzil dan dakwahnya yang menekankan kepada kebebasan
bukan melayu Islam mengamalkan agama mereka serta melarang sebarang penindasan,
pengianayaan dan diskriminasi terhadap bukan melayu Islam menjadi satu contoh
amalan yang dituntut kepada muslim yang dipilih sebagai pemerintah negara.
7. Jauh
sekali beliau menggamalkan kepimpinannya sehingga golongan bukan melayu Islam
dipinggirkan kerana konsep masyarakat Malaysia yang sudah terbentuk memerlukan
toleransi antara pelbagai kaum.
8. Dari
konteks hari ini, jauh sekali pemikiran Ustaz Fadzil jika hendak dibandingkan
dengan parti yang tertegak atas nama melayu Islam, namun menyembunyikan
kelemahan serta kesalahan atas nama agama. Lebih malang lagi, mereka
menggunakan sentimen bukan melayu Islam untuk mencari kambing hitam mengaburi
kesalahan mereka.
9. Seperkara
lagi, Ustaz Fadzil tidak pernah menggunakan elemen melayu dalam perjuangannya,
kerana bagi beliau dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, yang menjadi kelainan antara
kita adalah agama, manakala kaum termasuk melayu,cina dan india hanyalah perbezaan
yang tidak diambil kira oleh Allah SWT.
10. Namu
bukan bererti Ustaz Fadzil tidak memperjuangkan elemen kemelayuan, maka
kedudukan dan keistimewaan orang melayu tidak di pertahankan.
11. Dalam
tulisan sahabat baik Ustaz Fadzil, Almarhum Subky Latif dalam buku ‘Fadzil
Noor: Dia Guru, Dia Kawan’ menyatakan bahawa Ustaz Fadzil mengambil contoh
dalam kisah khilafah Islam tentang perihal Hak Keistimewaan Melayu. Ustaz
Fadzil mengambil contoh ketika pemerintahan Khalifah umar al-khatab setelah
Parsi menerima Islam. Ketika itu golongan arab yang berdagang ke Parsi adalah
gaya dan berharta manakala orang Parsi dari golongan miskin dan ada yang
menjual tanah mereka kepada hartawan arab.
12. Jika
dibiarkan orang Parsi menjual tanah kepada orang arab, satu hari nanti orang
Parsi tidak bertanah. Oleh itu, Khalifah Umar menetapkan peraturan bahawa tanah
orang Parsi tidak boleh dijual. Secara tidak langsung menjaga kelangsungan
tanah orang Parsi.
13. Kisah
ini menjadin contoh yang dijelaskan oleh Ustaz Fadzil dalam mesyuarat AJK PAS
Pusat setelah berbangkit sama ada Hak Keistimewaan Orang Melayu wujud dalam
pemerintahan Islam. Ia sekali membuktikan bahawa Ustaz Fadzil tidak menggangu
kedudukan melayu meskipun tertegaknya kepimpina Muslim yang baik serta
mempertahankan hak tersebut seiring perlembagaan.
14. Falsafah
yang dibawa oleh Ustaz Fadzil ini penuh dengan hikmah apabila beliau tidak
menggunakan sentimen melayu untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.
15. Pendekatan
PAS hari ini yang melaksanakan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir yang berpaksikan
sentimen melayu(setelah gagal mendapat sokongan padu masyarakat) demi
meneruskan kelangsungan politik mereka.
16. Sebenarnya
pasangan lawan yang paling ampuh kepada Tun Dr. Mahathir adalah Ustaz Fadzil
Noor. Mereka bertentang selama 12 tahun. Malah ketika era Tun semakin surut,
Tun pernah mengajak Ustaz Fadzil untuk bermuzakarah atas nama melayu, bagi
pengamal politik ia sebagai satu langkah menaikkan semula sokongan melayu
kepada Tun. Tokoh negarawan hebat terpaksa bertemu Ustaz Fadzil demi ‘survival’
politiknya. Namun tidak berlaku.
17. Yang
ada adalah Program Khas tentang Negara Palestin yang menempatkan Ustaz Fadzil
dan Tun Mahathir sepentas selain Tun Abdullah dan Tuan Guru Abd Hadi Awang di
DBP. Bagi Ustaz Fadzil perjuangan berlandaskan agama dan kemanusian lebih utama
berbanding sentimen kaum.
Ulasan
Catat Ulasan