1. Hampir
2 minggu berlaku, Almarhum Salahuddin Ayub meninggalkan kita semua. Penulis
yang kebetulan telah berjanji untuk bertemu beliau pada hari Sabtu setelah
almarhum pulang dari Kedah namun tidak kesampaian apabila hari Jumaat almarhum
sakit dan pergi pada hari Ahadnya.
2. Meskipun
almarhum bukanlah seorang menteri yang berkhidmat begitu lama dalam kabinet
Malaysia, namun keberadaan beliau selama 22 bulan di zaman HARAPAN dan 7 bulan
di zaman PERPADUAN telah meninggalkan impak yang sangat besar bagi negara dan
rakyat khususnya.
3. Dalam
tempoh beberapa bulan kerajaan PERPADUAN dibentuk, almarhum antara nama yang
sentiasa disebut-sebut oleh rakyat. Bukan atas faktor portfolio yang beliau
pikul sedang menjadi perhatian umum iaitu ‘kos sara hidup’ semata-mata tetapi
yang lebih penting almarhum dan pasukannya berjaya mengawal keadaan tersebut
dan mengubah persepsi yang berat itu menjadi peluang besar almarhum membantu
rakyat secara maksima.
4. Ini
nilai yang berbeza dengan PN yang satu ketika dahulu yang memerintah selama 33
bulan. Dalam tempoh itu banyak krisis dan cabaran yang berlaku di negara kita,
sepatutnya iai menjadi ruang kepada pemimpin PN membantu dan berbakti sebanyak
boleh kepada rakyat, malangnya mereka meninggalkan peluang tersebut dan terus
bermanipulasi dengan keadaan demi kenutungan mereka sendiri.
5. Berbalik
kepada perihal almarhum yang pernah menjadi Ketau Dewan Pemuda PAS Pusat satu
ketika dahulu, almarhum amat memahami masalah dan tekanan yang dihadapi rakyat
marhaen ketika ini disebabkan beliau sendiri pernah berada pada tahap yang
sangat sulit awal kehidupan beliau dan isteri, maka resam yang beliau hadapi
diterjemahkan dalam pentadbirannya demi memastikan rakyat tidak mengalami nasib
yang sukar itu.
6. Beliau
faham perasaan keluarga yang tidak makan kerana kekurangan wang, maka beliau
perkenalkan ‘Menu Rahmah’. Inisiatif ini telah memperlihatkan dekatnya jiwa
beliau dengan rakyat bahawan serta punya kekuatan diplomasi yang tinggi apabila
berjaya meyakinkan pihak peniaga untuk bersama-sama dengan ‘Menu Rahmah’ ini.
7. Kenangan
meninggalkan anak isteri di Johor demi perjuangan di Kuala Lumpur meninggalkan
bekas-bekas kenangan yang terpahat dalam sanubarinya, mungkin dengan kenangan
itu almarhum menyedari akan kepayahan keluarga miskin memperoleh keperluan yang
cukup seperti lampin pakai buang dan susu. Maka dengan tekad almarhum berunding
dengan pengeluar, adanya satu inisiatif Rahmah Ibu dan Si Manja yang
dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Dengan harga yang mampu dibeli, ia cukup
melegakan keluarga yang serba daif dan susah.
8. Ada
sebilangan yang perli inisiatif yang almarhum buat dengan mengatakan semua
benda henda di ‘Rahmah’kan, tapi sedarkan kita semua dengan inisiatif inilah
anak-anak yang sedang menuntut di IPT dapat makan dan minum secukupnya apabila
menu rahmah diperluaskan di dalam IPT. Nampak kecil dan mudah, tetapi impaknya
kepada prestasi anak-anak di IPT boleh ditingkatkan setelah perihal makan minum
mereka terjamin.
9. Aura
seseorang bukan hanya terletak kepada ketegasan dan lantang mereka dalam
mengurus sesuatu isu, sebaliknya jika syarikat gergasi besar boleh duduk
bersama menyokong dan membantu inisitatif yang diperkenalkan juga adalah satu
tanda kewibawaan kita. Bayangkan KFC sebagai syarikat gergasi ‘fast food’ boleh
bersama dengan almarhum memperkenalkan menu rahmah KFC untuk rakyat. Betapa kuatnya aura atau
pengaruh almarhum sehingga ia berjaya diterjemahkan oleh semua pihak.
10. Almarhum
bukanlah ahli politik yang turun dari kayangan, beliau mendaki ke puncak
kepimpinan dari bawah sebagai pemimpin cawangan. Hasil berkat istiqamah
almarhum dan sikap menentang arus apabila jarang sekali ketika itu orang Johor
menyokong PAS disebabkan oleh Johor adalah kubu UMNO dan almarhum antara yang
berani bersama PAS, almarhum diberi kepercayaan sehingga ditugaskan memecah
kubu UMNO itu dalam PRU 2013 dan 2018. Kepercayaan yang tinggi itu dibuktikan
apabila almarhum Tuan Guru Nik Aziz sendiri menghantar beliau untuk bertanding
di Pulai sebelum berjaya memenanginya pada tahun 2018.
11. Didikan
berani berjuang disemai dalam diri beliau oleh mantan Presiden PAS, almarhum
Ustaz Fadzil Noor termasuk kepada Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Dr. Hatta dan Dr.
Dzulkefly Ahmad. Kini mereka semua dalam kerajaan perpaduan bersama Anwar
Ibrahim menterjemahkan nilai perjuangan mereka dalam pentadbiran. Maka Payung
Rahmah yang terkandung pelbagai inisiatif meringankan beban rakyat
diperkenalkan sehingga rakyat mengenang Salahuddin Ayub sebagai Menteri Rahmah
bukannya pemimpin pembangkang lagi.
12. 30-40
tahun berjuang sebagai pembangkang, 29 bulan sebagai menteri, rakyat kenang
beliau sebagai menteri. Lihatlah kesan seorang yang jujur dan amanah
menjalankan tugas dikenang selama-lamanya meskipun memimpin dalam tempoh yang
singkat. Almarhum benar-benar membuktikan kepada masyarakat melayu Islam bahawa
Islam bukan sekadar nama, malah Islam yang diterjemahkan dalam kepimpinan akan
membantu makan minum rakyatnya mencukupi dan terbela.
Selamat berehat Menteri Rahmah untuk rakyat, AMANAH untuk
negara!!
Ulasan
Catat Ulasan