1. GERAKAN
memulakan langkah serang hendap untuk memimpin Pulau Pinang jika PN berjaya
menguasai DUN Pulau Pinang dengan cuba mendapat sokongan melayu di Kerusi DUN
Bayan Lepas.
2. Dalam
sejarah GERAKAN sejak ditubuhkan, tidak pernah calon Ketua Menteri GERAKAN
mahupun ketua perang GERAKAN di Pulau Pinang bertanding di kerusi majoriti
melayu demi kemenangan dalam Pilihan Raya.
3. Lihat
bagaimana Lim Chong Eu dan Koh Tsu Koon masing-masing bertahan di kerusi
majoriti bukan Melayu dalam setiap PRU sehingga ditumbangkan oleh DAP. Sebaliknya
Presiden GERAKAN yang dikhabarkan akan dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau
Pinang mewakili PN bertanding di kerusi milik PAS.
4. Untuk
permulaan, langkah GERAKAN telah pun sumbang dan canggung untuk bertempur
apabila berpaut pada batang tubuh PAS bukannya atas faktor kekuatan GERAKAN.
5. Ya
memang jelas, sejak Projek Tanjung 1
sehingga kemenangan DAP di Pulau Pinang pada tahun 2008, GERAKAN seakan hilang
arah tuju dan pendekatan untuk kembali menguasai undi bukan melayu.
6. Tamparan
yang diberikan DAP dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat menyebabkan GERAKAN rebah
tidak bangkit semula.
7. Adakah
benar GERAKAN punya kekuatan sendiri semasa DAP cuba menumbangkan mereka
sebelum ini?
8. Jawapannya
tidak. GERAKAN sentiasa berpaut pada sesuatu asas untuk memastikan mereka kekal
memimpin Pulau Pinang. Masakan tidak, sejak DAP cuba menawan Pulau Pinang,
kerusi yang dimenangi oleh GERAKAN sentiasa lebih kecil berbanding UMNO. Namun
sumbangan besar UMNO telah membolehkan GERAKAN membentuk kerajaan dan menjadi
Ketua Menteri Pulau Pinang.
9. Oleh
itu, sejak GERAKAN bersama PN, kaedah yang sama juga cuba diguna pakai oleh GERAKAN
untuk memastikan mereka diberi tempat dalam arus politik Malaysia.
10. Buktinya,
GERAKAN berpaut atas pengaruh PAS semata-mata dengan harapan GERAKAN lah akan
menjadi Ketua Menteri kelak.
11. Peristiwa
PAS tidak mengalukan kehadiran Dominic Lau selaku calon PN dalam ceramah PAS di
Tasik Gelugor menjadi isyarat jelas bahawa PAS memprotes pencalonan GERAKAN di
kerusi majoriti melayu itu.
12. Silap-silap
GERAKAN akan kalah teruk disana memandangkan asas tempat GERAKAN berpaut tidak
lagi menyebelahi mereka.
13. Tapi
adakah PAS benar-benar lebih garang dalam menghadapi GERAKAN? Tidak. PAS
sendiri tidak mampu menjaga kerusi miliknya dalam PN. Bagaimana pula jika
berjaya membentuk kerajaan nanti? Semasa itu mungkin GERAKAN sekali lagi akan
cuba membuat serangan hendap untuk mengalihkan keputusan PN daripada memilih
PAS mengetuai kerajaan kepada GERAKAN.
14. Bukti
yang nyata, PAS tidak berjaya mengawal GERAKAN dalam PN. Manakala GERAKAN tidak
mempunyai sokongan asas dan padu untuk memerintah Pulau Pinang.
15. Cara
yang terbaik adalah memberikan kemenangan mutlak kepada HARAPAN dan BN dalam
PRN Pulau Pinang kali ini kerana dibawah HARAPAN sejak 2008, Islam tidak pernah
dipinggirkan manakala kaum lain hidup sejahtera bersama-sama menikmati
kemakmuran yang dikecapi di Pulau Pinang.
Ulasan
Catat Ulasan