Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

BAHTERA LAMA, NAKHODA BAHARU

  1.        Sejak Langkah Sheraton, dunia politik menjadi panas dan terumbang-ambing sama seperti sebelum kejatuhan Barisan Nasional dan Najib Razak selepas PRU14. Namun kali ini sedikit berbeza apabila kehangatan politik hari ini tidak segah seperti sebelum-belum ini kerana Pakatan Harapan mahupun pembangkang, dilihat gagal bangkit semula setelah dicederakan oleh pengkhianat Langkah Sheraton. Sehingga hari ini PH dan pembangkang masih mencari formula terbaik bagi menyaingi BN dan Perikatan Nasional.   2.        Pertarungan demi pertarungan melibatkan PRN, undian di Dewan Rakyat serta perlumbaan mendapat sokongan majoriti sebagai kerajaan menghambat PH terkebelakang. BN pula mula merasa peluang untuk mereka memerintah Putrajaya semula dengan kuasa penuh akan menjadi kenyataan dengan ketempangan PH. Pengundi atas pagar yang memberi sokongan kepada PH semasa PRU14 pula mengambil sikap tidak keluar mengundi atas fakt...

PARTI WARISAN SABAH : ANTARA NAFSU DAN KUDRAT

  1.        Parti Warisan Sabah atau WARISAN merupakan parti berasaskan negeri Sabah yang ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum 2018 diadakan. Seiring dengan tindakan keluar daripada UMNO oleh Naib Presiden UMNO ketika itu Datuk Shafie Apdal, maka beliau menubuhkan WARISAN sebagai wadah baru beliau. Namun berbeza dengan Tun Dr. Mahathir, Mahiaddin dan Mukhriz, beliau menubuhkan sebuah parti berasaskan Negeri Sabah memandangkan beliau merupakan pemimpin UMNO daripada Sabah.   2.        Mengenali Shafie, beliau merupakan orang yang terlibat sama dalam memperkukuhkan kedudukan UMNO di Sabah. Zaman kepemudaan beliau diserahkan kepada pembangunan UMNO Sabah sehinggalah beliau menapak ke dalam Kabinet Persekutuan dan Naib Presiden UMNO. Boleh dikatakan beliau merupakan pemimpin pertama dari Sabah yang dari bawah naik ke atas puncak UMNO. Adapun tokoh-tokoh lain diimport daripada USNO sebuah parti Melayu-Sabah yang terawa...

PEMILIHAN DAP : ESOK UNTUK SIAPA? (TERINGKIRKAH LEGASI ‘LIM’ DALAM DAP?)

    1.        Pada 20 Mac 2022, Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan mengadakan pemilihan peringkat nasional setelah tertangguh beberapa bulan. Tidak pasti atas faktor apa, tetapi ia sepatutnya telahpun diadakan pertengahan tahun lalu. Pemilihan DA berlaku selalunya mengikut masa yang ditetapkan. Jarang sekali DAP mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan atas sebab PRU mahupun situasi drastik dalam politik negara. Ini jelas membuktikan bahawa DAP parti yang sangat berdisiplin, apabila selesai pemilihan mereka bersatu semula.   2.        Bukan DAP tidak pernah bergelora. Malah sehingga hari ini pun gerakan untuk menjatuhkan pemimpin lagenda DAP, Lim Kit Siang pernah berlaku. Ada yang gugur selepas bertempur dengan LKS. Namun, ia tidak pernah merencatkan kesatuan DAP. DAP yang pernah mencatat prestasi terburuk pada PRU 1998 dimana hampir semua gergasi DAP kalah dikerusi masing-masing. Namun ia bangkit...

PAU 2021 : ISMAIL SABRI TERSEPIT, SIAPA MENANG?

  1.        UMNO bagai harimau yang bangkit semula setelah cedera dalam tempoh tertentu memandangkan mereka berjaya memenangi dua Pilihan Raya Negeri dengan bergaya. Keterujuaan pemimpin UMNO untuk memerintah semula kembali setelah mereka dikalahkan oleh kuasa rakyat pada tahun 2018. Dalam sejarah akan terus kekal tercatat bahawa UMNO pernah dikalahkan dalam Pilihan Raya. Fakta itu tidak boleh diubah meski UMNO memerintah semula. Namun UMNO mampu melenyapkan imej buruk kekalahannya jika mereka berjaya memenangi PRU yang akan datang.   2.        Penganalisis poilitik meramalkan bahawa PRN Johor menjadi permulaan kepada penaklukan semula UMNO di Malaysia ini. Namun apa yang berlaku semasa sambutan kemenangan BN dalam PRN Johor boleh menyerlahkan sesuatu yang tidak terjangka kelak. Ianya adalah bagaiman Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dilayan ketika acara tersebut. Semasa beliau masuk ke dewan, penyokong...

CIKGU AMINOLHUDA MEMIMPIN, TIADA YANG AKAN TERTINGGAL

  1.        Sesi pembuangan undi bagi Pilihan Raya Negeri Johor akan tiba tidak lama lagi. Semua parti-parti yang bersaing sedang bertungkus-lumus bertemu pengundi untuk berkempen sebelum tempoh kempen tamat. Namun, dalam kita melihat kepada sebab dan kesan kepada percaturan politik Johor sejak Langkah Sheraton, ada seorang insan yang tenang dan kekal istiqamah dalam kepimpinannya. Walaupun beliau terpaksa dihimpit ke dalam masalah yang dibuat oleh bekas rakan-rakannya dan seteru politiknya. Beliau tetap memainkan peranan untuk memastikan kebajikan rakyat Johor tetap terjamin.   2.        Beliau yang dimaksudkan adalah Cikgu Aminolhuda selaku Ketua Pembangkang DUN Johor sebelum dewan dibubarkan. Graduan Sarjana Muda Pengkhususan dalam Mata Pelajaran Matematik dan Fizik   serta Diploma Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini merupakan figura paling penting memimpin pembangkang ketika kerajaan BN/PN...