Langkau ke kandungan utama

PEMILIHAN DAP : ESOK UNTUK SIAPA? (TERINGKIRKAH LEGASI ‘LIM’ DALAM DAP?)

 


 

1.       Pada 20 Mac 2022, Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan mengadakan pemilihan peringkat nasional setelah tertangguh beberapa bulan. Tidak pasti atas faktor apa, tetapi ia sepatutnya telahpun diadakan pertengahan tahun lalu. Pemilihan DA berlaku selalunya mengikut masa yang ditetapkan. Jarang sekali DAP mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan atas sebab PRU mahupun situasi drastik dalam politik negara. Ini jelas membuktikan bahawa DAP parti yang sangat berdisiplin, apabila selesai pemilihan mereka bersatu semula.

 

2.       Bukan DAP tidak pernah bergelora. Malah sehingga hari ini pun gerakan untuk menjatuhkan pemimpin lagenda DAP, Lim Kit Siang pernah berlaku. Ada yang gugur selepas bertempur dengan LKS. Namun, ia tidak pernah merencatkan kesatuan DAP. DAP yang pernah mencatat prestasi terburuk pada PRU 1998 dimana hampir semua gergasi DAP kalah dikerusi masing-masing. Namun ia bangkit segera dengan proses penambahbaikan dan reformasi organisasi.

 

 

3.       Kembali kepada isu pemilihan yang bakal diadakan, dari luaran seoalah-olah tiada apa yang hangat. Namun hakikat sebenar, ia tetap mendidih. Berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, pemilihan kali ini melihatkan perubahan kepada jawatan Setiausaha Agung dan Pengerusinya. Hal ini kerana, Lim Guan Eng telah memegang jawatan tersebut selama tiga penggal. Manakala Pengerusi DAP, Tan Kok Wai pula telah mengumumkan untuk tidak memikul amanah tersebut untuk sesi kali ini. Bererti kedua-dua jawatan yang menjadi nadi penggerak DAP ini akan diterajui oleh muka-muka baru.

 

4.       Lebih menarik lagi, seperti yang penulis katakan diawal penulisan ini, gerakan anti-Lim masih digerakkan. Namun pada pemilihan diperingkat negeri, kebanyakan mereka tumbang. Adakah pusingan kali ini, mereka akan bertindak memastikan legasi Lim tidak menerajui DAP lagi. Ada banyak faktor yang mendorong pertempuran ini.

 

 

5.       Antara faktor utama adalah pendekatan yang dibawa oleh DAP. Sejak DAP dan pembangkang melibatkan PAS dan KEADILAN berjaya menawan 4 negeri di semenanjung, DAP mula melebarkan sifat keterbukaannya dalam kaum. Mereka lebih bersifat mesra melayu dan mengambil jalur tengah dalam isu-isu kaum bukan melayu. Berbanding gerakan Anti-Lim, ia lebih mengambil pendekatan keras dalam isu bukan melayu sama seperti zaman DAP sebelum gelombang reformasi. Lihat sahaja sejak PR memerintah negeri-negeri sehingga kini, acap kali perkelahian antara pimpinan DAP berkaitan pendekatan dalam menangani sesuatu isu. Ini jelas.

 

6.       Kedua, sejak tertubuhnya PH dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir sehingga pasca langkah sheraton, dilihat seolah-olah ada dua aliran dalam DAP. Satu lebih cenderung kepada Tun M dan satu lagi lebih cenderung kepada Anwar Ibrahim yang semua tahu pemimpin yang agresif mewajahkan kecenderungan kepada Anwar dan Anti- Tun adalah Ronnie Liu. Ia dilihat wujud namun kabur semasa PH memerintah Malaysia, namun selepas langkah sheraton, ia kelihatan jelas. Persimpangan itu melihatkan betapa 2 tokoh politik lagenda Malaysia ini mampu mempengaruhi perjalanan DAP. Siapa yang sangka kedua-dua tokoh yang dimusuhi era 80an dan 90an dulu, kini menjadi penentu kepada kepimpinan mereka. Tun M dan Anwar memang hebat.

 

 

7.       Sehingga sekarang pun pendekatan bermasa Tun atau Anwar menjadikan DAP dalam dilema. Naratif khemah besar untuk PRU akan datang yang pastinya melibatkan Tun menjadi fobia kepada pemimpin DAP tersakiti semasa Tun memimpin PH, malah kegagalan Tun mengatasi isu kaum semasa memerintah buat kali kedua merencatkan kepercayaan pemimpin DAP pada Tun.

 

8.       Jika mengharapkan Anwar semata-mata, ia adalah situasi semasa. DAP terus mengekalkan nilai setia kawannya bersama Anwar dengan tetap mencalonkan Anwar sebagai PM, bertanding atas logo PH dalam PRN serta memberikan sepenuh kepercayaan kepada Anwar untuk mengembalikan mandat rakyat. Namun ia menemui jalan gagal yang menyebabkan ada sebilangan pemimpin DAP yang lebih cenderung kepada Anwar. Tambahan kegagalan Anwar mengawal KEADILAN menjadi punca kerajaan PH jatuh menambah sentimen tersebut.

 

 

9.       Ini adalah sebab utama adanya pertempuran dalam DAP, meski tidak sehebat pertempuran antara pemilihan UMNO dan KEADILAN, namun ia tetap penting kepada legasi DAP. Dalam pemilihan kali ini, Loke Siew Fok atau Anthony Loke dijangka akan mengambil alih jawatan LGE selaku Setiausaha Agung DAP. Loke yang sebelum ini diamanahkan sebagai Setiausaha Organisasi DAP telah dilatih untuk memimpin DAP. Ia dilihat sebagai proksi LGE. Manakala dijangka satu lagi aliran adalah Nga Kor Ming yang merupakan Pengerusi DAP Perak. Kedua-dua nama ini dijangka akan menjadi pilihan utama 30 orang ahli DAP yang berjaya menempatkan diri sebagai Ahli Jawatankuasanya.

 

10.   Lim Guan Eng pula akan terus mencenkam DAP dengan menduduki kerusi Pengerusi DAP. Seperti era bapanya, LKS akan tetap menonjol walau apa posisi yang dia duduki. 30 tahun sebagai Setiausaha Agung orang lihat dia sebagai pemimpin utama DAP. Kemudian sebagai Pengerusi DAP pula, namun dia tetap dilihat pemimpin utama. Maka LGE juga akan mengalami situasi yang sama, bahawa setiap kenyataannya dilihat kenyataan DAP. Namun bagi penulis ia tidak akan mengaburkan kepimpinan Loke mahupun Kor Ming jika dipilih nanti. Dalam situasi serba terbuka dan canggih ini, politik naungan atau individu itu ada, namun tidak lagi secengkam zaman dahulu. Orang terbuka menilai siapa yang hebat meski hanya sebagai ahli parlimen.

 

 

11.   Akhirnya, pemilihan DAP kali ini akan menentukan pendekatan yang akan DAP bawa menuju PRU yang akan datang, PH yang jatuh bertimpa-timpa gagal bangkit perlu dicatur semula dengan strategi baharu. Dalam masa yang sama, naratif melihat DAP kekal mesra melayu dan tidak luntur kecinaannya akan menjadi indikator pemilihan DAP kali ini. Saya jangkakan bagi pemilihan peringkat DAPSY, Dr. Kelvin, Ahli Parlimen Kuching dan Young Syefura, AND Kirara akan mendapat tempat sebagai pemimpin utama DAPSY. Selamat mengundi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...