Langkau ke kandungan utama

PARTI WARISAN SABAH : ANTARA NAFSU DAN KUDRAT

 


1.       Parti Warisan Sabah atau WARISAN merupakan parti berasaskan negeri Sabah yang ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum 2018 diadakan. Seiring dengan tindakan keluar daripada UMNO oleh Naib Presiden UMNO ketika itu Datuk Shafie Apdal, maka beliau menubuhkan WARISAN sebagai wadah baru beliau. Namun berbeza dengan Tun Dr. Mahathir, Mahiaddin dan Mukhriz, beliau menubuhkan sebuah parti berasaskan Negeri Sabah memandangkan beliau merupakan pemimpin UMNO daripada Sabah.

 

2.       Mengenali Shafie, beliau merupakan orang yang terlibat sama dalam memperkukuhkan kedudukan UMNO di Sabah. Zaman kepemudaan beliau diserahkan kepada pembangunan UMNO Sabah sehinggalah beliau menapak ke dalam Kabinet Persekutuan dan Naib Presiden UMNO. Boleh dikatakan beliau merupakan pemimpin pertama dari Sabah yang dari bawah naik ke atas puncak UMNO. Adapun tokoh-tokoh lain diimport daripada USNO sebuah parti Melayu-Sabah yang terawal di Sabah.

 

3.       Shafie berjaya menggembleng usahanya bersama WARISAN dan Pakatan Harapan menumbangkan kleptokrasi UMNO-BN dalam PRU 2018. Ganjarannya, beliau dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah, manakala 3 pemimpin kanan WARISAN dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet PH. Namun selepas kejatuhan kerajaan PH, WARISAN juga dilihat terumbang-ambing. Sikap putus saudara antara Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim juga membuatkan Shafie dan WARISAN berada dalam persimpangan. Bersama Tun tidak mampu untuk memgembalikan kerajaan PH. Bersama Anwar akan melukai hati Tun.

 

4.       Tetapi dilema yang paling besar WARISAN hadapi adalah apabila beberapa ADUN WARISAN dicuri untuk cubaan menumbangkan kerajaan WARISAN di Sabah. Namun tindakan pantas WARISAN membubarkan DUN menggagalkan usaha tersebut. Malangnya, selepas PRN Sabah, WARISAN gagal membentuk kerajaan meskipun mereka adalah parti yang menang paling banyak kerusi tetapi tidak berjaya membentuk majoriti. GRS dan BN menubuhkan kerajaan di Sabah. Hakikatnya, walaupun WARISAN kehilangan Sabah, namun WARISAN adalah parti yang terkuat di Sabah berbanding UMNO, PBBM, UPKO, PBS dan lain-lain.

 

5.       Penulis mahu membangkitkan apakah gerakan yang akan dibawa oleh WARISAN menjelang PRU ke-15 ini setelah pelbagai cabaran jatuh bangun yang dihadapi oleh WARISAN. Tambahan pula, seorang demi seorang ADUN dan Ahli Parlimen WARISAN meninggalkan WARISAN dan menyokong kerajaan Pusat. Arah tuju WARISAN semakin dipersoal semenjak dua menjak ini memandangkan pelbagai usaha WARISAN untuk kekal relevan dalam politik Malaysia.

 

6.       Tindakan WARISAN melebarkan sayapnya di semenanjung Malaysia hanya akan memburukkan imej WARISAN dimata umum. Apakah WARISAN tidak mencatur keupayaannya apabila mereka masuk ke semenanjung? Lihat sahaja keputusan PRN Johor baru-baru ini, WARISAN yang bertanding 4 kerusi gagal mencapai kemenangan. Yang lebih buruk, WARISAN berjaya memecahkan sedikit undi PH sehingga menyebabkan BN berjaya memenangi 40 buah kerusi.

 

7.       Bagaimana situasinya jika ia berlaku dalam PRU? Pastinya corak yang sama akan berlaku dimana banyaknya parti pembangkang masuk bertanding akan memenangkan BN dalam PRU. Adakah WARISAN mahu membantu BN menang dan menjadi kerajaan berkuasa penuh dengan menjadi pemecah undi pembangkang? Sebab itu penulis katakan bahawa strategi WARISAN untuk turun ke semenanjung adalah merugikan mereka sendiri.

 

8.       Bukankah WARISAN sebuah parti yang masih kuat di Sabah? Sepatutnya WARISAN membantu pembangkang mengekalkan momentum pembangkang di Sabah. Mengepung undi di Sabah mampu membantu pembangkang menang di peringkat Pusat. Jika WARISAN telah mula bekerja di semenanjung, maka Sabah akan terabai.

 

9.       Buktinya, pimpinan utama WARISAN daripada Sabah, yang menyertai WARISAN di semenanjung adalah bekas pimpinan PH juga. Mahu tidak mahu, pemimpin WARISAN Sabah perlu turun ke semananjung. Natijahnya kubu WARISAN di Sabah jatuh ketangan pihak musuh. Adakah dengan langkah itu ia mampu membantu mengalahkan BN?

 

10.   Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Ini peribahasa yang bakal menimpa WARISAN jika terus kekal dengan strateginya. Apa kelebihan yang WARISAN bawa sehingga boleh memenangi hati pengundi semenanjung? Sedangkan PEJUANG, MUDA, PH dan PBM gagal menawan hati pengundi, inikan pula parti berasaskan Sabah.

 

11.   Tidakkah perkara ini disedari oleh pimpinan WARISAN? Tidakkah strategi ini sudah dipertimbangkan oleh WARISAN? Penulis yakin ia sudah menimbangkan perkara tersebut. Namun apa motivasi yang mendorong mereka mencuba nasib di semenanjung? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana arah tuju pembangkang yang dilihat gagal meruntuhkan kerajaan BN/PN. WARISAN melihat mereka perlu kedepan untuk menggantikan PH sebagai pembangkang. Kelemahan PH dijadikan asas untuk mereka terjun ke semenanjung.

 

12.   Tetapi hakikatnya mampukah mereka mengatasi kekuatan PH? Atau sekurang-kurangnya mereka bertapak kukuh di semenanjung? PRN Johor jelas membuktikan mereka mempunyai halangan besar untuk mara. PEJUANG yang dianggotai oleh bekas Perdana Menteri selama 24 tahun itupun tidak berjaya menawan hati pengundi atas pagar buat masa ini. Inikan pula WARISAN.

 

13.   Sebab itu penulis bertegas, antara WARISAN memilih kehendak nafsu atau kudratnya, lebih baik WARISAN kekal mempertahankan Sabah seiring dengan kudratnya, manakala nafsunya yang melonjak di semenanjung diserahkan kepada parti-parti pembangkang semenanjung. Dengan itu pembangkang akan meminimakan kerugianya dalam pertempuran. WARISAN akan kekal hebat bertahan di Sabah mengukuhkan borneo manakala pembangkang berpaduan di semenanjung mengalahkan UMNO-BN.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...