1. UMNO
bagai harimau yang bangkit semula setelah cedera dalam tempoh tertentu
memandangkan mereka berjaya memenangi dua Pilihan Raya Negeri dengan bergaya.
Keterujuaan pemimpin UMNO untuk memerintah semula kembali setelah mereka
dikalahkan oleh kuasa rakyat pada tahun 2018. Dalam sejarah akan terus kekal
tercatat bahawa UMNO pernah dikalahkan dalam Pilihan Raya. Fakta itu tidak
boleh diubah meski UMNO memerintah semula. Namun UMNO mampu melenyapkan imej
buruk kekalahannya jika mereka berjaya memenangi PRU yang akan datang.
2. Penganalisis
poilitik meramalkan bahawa PRN Johor menjadi permulaan kepada penaklukan semula
UMNO di Malaysia ini. Namun apa yang berlaku semasa sambutan kemenangan BN
dalam PRN Johor boleh menyerlahkan sesuatu yang tidak terjangka kelak. Ianya
adalah bagaiman Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dilayan ketika
acara tersebut. Semasa beliau masuk ke dewan, penyokong BN melaungkan ungkapan
‘Bubar Parlimen’. Sedangkan sebelum itu setiap pemimpin yang masuk tidak pula
dilaungkan sedemikian. Sedarkah para penyokong BN bahawa Ismail Sabri belum
cukup setahun menjadi PM, bukan semudah itu untuk beliau membubarkan Parlimen
yang pastinya selepas itu jika UMNO menang sekalipun, bukan beliau PMnya.
3. Pilihan
Raya Negeri Johor dan Melaka seolah-olah adalah kejayaan mutlak Presiden UMNO,
Zahid Hamidi dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Najib Razak sahaja.
Menggambarkan bawah Ismail Sabri tidak memberi nilai tambah kepada kejayaan
UMNO. Ini amat mendukacitakan. Adakah kerana Ismail Sabri dan menteri kabinet
yang lain lebih cenderung kepada PN menyebabkan pemimpin utama UMNO memboikot
mereka? Bukankah dengan Ismail menjadi PM, ia sebenarnya telah memudahkan UMNO
kembali berkuasa? Mengapa hendak ditentang?
4. Tidak
lain dan tidak bukan kerana keterdesakan pemimpin UMNO yang mahu memerintah
semula secara kuasa penuh. Sekarang BN terpaksa berkongsi kuasa bersama PN,
golongan pengkhianat politik. Setiap langkah kerajaan terpaksa ditimbang tara
kerana masing-masing mempunyai kuasa untuk menubuh atau meruntuhkan kerajaan
sekarang, maka ini menyebabkan UMNO tidak selesa. Selama 60 tahun memerintah,
tidak pernah UMNO berkongsi kuasa secara sama rata, yang ada hanya kongsi kuasa
tetapi mereka lebih besar berbanding MIC dan MCA serta parti-parti komponen BN
sebelum ini. Oleh itu UMNO mahu diadakan PRU segera untuk kembali memerintah.
5. Mengapa
sekarang? Dengan kejayaan PRN Melaka dan Johor, pemimpin dan pasukan pemikir
UMNO berkeyakinan bahawa mereka mampu memenangi PRU secara total jika diadakan
sekarang. Ini masa terbaik mereka mahu memperoleh undi asas BN memandangkan
pengundi atas pagar berasa jemu dengan politik manakala Undi 18 yang didakwa
akan menyokong pembangkang masih samar-samar dalam menyertai pesta demokrasi
ini. Maka peluang yang ada digunakan UMNO untuk memerintah semula.
6. Namun
adakah Ismail sanggup membubarkan Parlimen sekarang? Sudah terlunaskah
amanahnya sebagai PM? Persoalan ini sahaja yang sedang menyekatkan kemaraan
UMNO. Ismail dan pemimpin PN dilihat tidak bersedia melakukan PRU sekarang memandangkan
kesannya kepada Ismail telah dinyatakan diawal tadi, manakala kesan pada PN
ialah mereka akan turut kalah dalam PRU akan datang. Petunjuk PRN Johor
menjelaskan, meski PN mendapat undi melayu namun PN tetal gagal mencapai
kemenangan kerana undi bukan melayu tetap kepada PH. Gerakan yang menjadi
komponen bukan melayu dalam PN tidak bermaya untuk mencabar kekuatan DAP.
7. Persoalan
seterusnya, tiadakah jalan untuk Ismail mengelak dari membubarkan parlimen.
Sebenarnya ada. Jika Ismail menolak keputusan Perhimpunan Agung UMNO Mac ini
(akan ada risiko apabila Ismail membelakangkan keputusan parti), pemimpin UMNO
yang mahu diadakan PRU pasti akan menarik semula sokongan mereka kepada Ismail,
dengan cara itu Ismail hilang majoriti dan YDP Agong akan membubarkan Parlimen.
Namun, PH selaku blok kedua yang sedang memerhati drama politik melayu ini
boleh mempertahankan Ismail dengan cara memberikan sokongan mereka kepada
Ismail. Pastinya PH bersetuju untuk memberikan sokongan kerana jika PRU
diadakan sekarang PH juga akan tersungkur sama.
8. Kata
Anthony Loke semasa berbahas di Parlimen minggu lalu, menyatakan bahawa PH
bersedia melanjutkan MOU bersama kerajaan untuk mengelakkan PRU diadakan dalam
tempoh terdekat. Ini bererti PH boleh memberikan sokongan kepada Ismail sebagai
PM. Meski PH dilihat tertipu dengan MOU tersebut khususnya pembentangan RUU
Akta Lompa Parti dan beberapa perincian lain, tetapi ini sahaja cara yang PH
ada supaya parlimen boleh bertahan sehingga tamat tempoh. Ia suatu yang sukar
tetapi boleh dipertimbangkan.
9. Kini
bola ditangan Ismail sama ada tunduk kepada desakan pimpinan UMNO yang ghairah
untuk berkuasa atau berpaut kepada kekuatan PH selaku blok pembangkang terkuat
sejak Malaysia merdeka. Ismail yang dilihat tersepit cuba menarik kekuatan
sebanyak boleh dalam UMNO kepadanya atas kuasa sebagai PM. Terbaru Ismail
mengumumkan bahawa pencarum boleh mengeluarkan pengeluaran khas seperti yang
dituntut sebelum ini. Namun pemimpin UMNO kebanyakan mengucapkan terima kasih
kepada Najib, Zahid dan Asyraf sahaja bukannya Ismail.
10. Benarlah
bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang diakan mulai 16 Mac ini mungkin menjadi
tragedi yang benar epik untuk ditonton oleh pemerhati politik. Ia seolah-olah
seperti drama maghrib yang ditayangkan di tv swasta dimana kemuncaknya sangat
mendebarkan. Siapa menang dalam pertarungan kali ini? Sama-sama kita saksikan.
Ulasan
Catat Ulasan