Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

Perbahasan Titah Diraja Sempena Pembukaan Sidang Parlimen ke-4 2021

Dengarkan ucapan saya terkait isu pendidikan sempena Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semasa merasmikan pembukaan Sidang Parlimen Ke-4 tahun 2021 Bahagian 1 Bahagian 2

Hasbie Muda Ketua Pemuda AMANAH yang baharu

Setelah ketiadaan penyandang jawatan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, hari ini kesemua AJK Pemuda AMANAH Nasional yang dipilih oleh perwakilan penghujung 2019 dahulu telah selesai memilih Ketua Pemudanya yang baru. Umum mengetahui bahawa pemilihan semula Ketua Pemuda AMANAH Nasional ini bukanlah kali pertama, sebelum ini setelah penyandang jawatan dilanda badai Sheraton telah meninggalkan parti menyebabkan pemilihan semula jawatan tersebut. Namun kali ini sedikit berbeza apabila Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang sedang berjuang bersama jawatan sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan telah dijemput oleh Allah SWT akibat Covid-19. Pejuang yang dimaksudkan ialah Almarhum Shazni Munir. Kini amanah ini dipikul oleh Sdr. Hasbie Muda pula. Sdr.Hasbie Muda merupakan antara pemuda yang pernah bersama PAS satu ketika dahulu dan menubuhkan AMANAH. Sdr. Hasbie Muda yang bertapak di Terengganu dipilih sebagai Ketua Pemuda AMANAH Terengganu semasa penubuhannya. Bukanlah baru dalam politik, beliau mula ber...

MENGHILANGKAN KELAPARAN, KEJAHILAN DAN KEDUKAAN RAKYAT: PRINSIP ADLY PIMPIN MELAKA 22 BULAN

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan(PH) yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR),Parti Tindakan Demokratik(DAP), Parti Amanah Negara(AMANAH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia(BERSATU) berjaya menumbangkan parti pemerintah yang paling lama iaitu Barisan Nasional(BN) untuk membentuk kerajaan persekutuan. Gelombang ini juga terkena tempiasnya ke negeri Melaka, negeri bersejarah. PH Melaka berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti tipis sebanyak 2 kerusi. PH memperoleh 15 kerusi manakala BN hanya 13 kerusi. Dua hari selepas hari pembuangan undi, YB Tuan Hj Adly Zahari ADUN Bukit Katil telah dipersetujui oleh semua pimpinan PH serta Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang ke-11. Istiadat Angkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di Dewan Seri Utama, Seri Negeri, Ayer Keroh pada 3.50 petang. Beliau melafazkan sumpah jawatan dan taat setia serta kerahsiaan yang perlu beliau patuhi dalam tempoh memegang jaw...

SIDANG DUN & PARLIMEN: YB AMANAH TERUS MENGASAK PN!!

Selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) jadual sidang DUN dan Parlimen yang tertangguh sekian lama terpaksa diadakan. Tumpuan media seluruh negara diberikan kepada Sidang Dewan Rakyat Malaysia yang menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional(PN) mengusulkan agar Yang di-Pertua Dewan Rakyat ditukar. Dengan undian sokongan sebanyak 111 undi manakala yang menolak 109 undi, maka Tan Sri Dato Mohamad Ariff Md Yusoff tersingkir dari kerusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Selepas penyingkiran tersebut, sidang dewan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu perbahasan titah diraja sempena pembukaan sidang dewan rakyat sesi ini. Pembangkang memulakan sesi perbahasannya yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. Namun apa yang dibicarakan oleh penulis adalah peranan yang dimainkan oleh wakil-wakil rakyat dari AMANAH sangat mengujakan. Seolah-olah taring YB-YB ini kembali tumbuh selepas di hadkan semasa menjadi pemimpin kerajaa...

USTAZ NIK OMAR: MUTIARA TOK GURU, DUTA UMMAH TERUS BERJUANG WALAUPUN DIBUANG!

Sebelum Pilihan Raya Umum ke 14, nama Nik Omar Nik Abdul Aziz kurang dikenali oleh rakyat Malaysia. Namun setelah menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka Kelantan atas logo KEADILAN, nama beliau terus memuncak naik. AMANAH sebagai parti naungan beliau secara tidak langsung dinaikkan oleh beliau dalam persada politik tanah air. Walaupun ada persepsi buruk yang diwujudkan oleh pihak lawan beliau termasuk isu restu ibunya, namun ia tidak mengganggu gugat beliau meneruskan perjuangan menumbangkan kerajaan kleptokrasi. Malah jika soalan diajukan kepada beliau berkaitan ibu dan adiknya, beliau tetap menjawab dengan tenang dan mengambil jalan tengah agar keadaan tidak dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan. Penglibatan awal beliau dalam politik sangat menarik untuk diulas. Umum mengetahui beliau merupakan cahaya mata kepada tokoh ulamak yang terkenal di Malaysia iaitu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semasa almarhum tok guru masih...

TERBUKA DAN SETIA KAWAN ADALAH RAMUAN UTAMA KUKUHNYA PAKATAN HARAPAN

Sejak tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan(PH) akibat langkah sheraton oleh sebilangan politikus negara, keadaan PH agak goyah. Kesatuan yang sebelum ini terbina hasil nekad dan sepakat mereka untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi pecah berderai. Tumbangnya kerajaan PH ini akibat keluarnya BERSATU dari PH dan sebilangan wakil rakyat KEADILAN telah menyebabkan PH sukar memutuskan hala tuju yang harus digerakkan. Duduknya Tun M dan 4 orang lagi wakil rakyat BERSATU diluar kerajaan Perikatan Nasional(PN) telah mendorong PH untuk berunding semula bersama mereka walaupun mereka bukan dalam PH. Hal ini diakui oleh Pengerusi PH, Dato` Seri Anwar Ibrahim bahawa apa jua usaha kearah mengembalikan semula kerajaan yang dipilih oleh rakyat harus diteruskan. Terkeluarnya pasukan Tun M itu bererti mereka tidak sehaluan dengan PN, dan PH juga hampir pasti tidak bersama PN. Oleh itu, pimpinan PH berpandangan elok jika PH dan pasukan Tun M termasuk WARISAN mengadakan rundingan agar formula mengembalik...

TRIBUTE ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR: FADZIL NOOR TIDAK PERNAH KHIANAT PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN!!

Saban tahun pada bulan jun, catatan politik dinegara kita akan memaparkan kenangan-kenangan yang pernah berlaku tentang seorang tokoh politik dan gerakan islam di Malaysia. Beliau ialah Almarhum Dato Fadzil Mohd Noor. Pada 23 Jun 2002, beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia dari kawasan Pendang,Kedah telah kembai kepada penciptanya. Pada edisi kali ini, penulis menulis rencana khas tribute untuk almarhum. Bagi rencana pertama ini, penulis mencatatkan pengalaman tokoh-tokoh yang pernah dididik dan bekerjasama dengan almarhum .Antara tokoh tersebut ialah Dato Mahfuz Omar yang pernah menjadi ketua pemuda PAS ketika almarhum memimpin PAS, Datuk Wira Dr.Mohd Hatta Ramli bekas Setiausaha Politik Almarhum dan terakhir,Senator Liew Chin Tong, pemimpin DAP yang banyak mengkaji tentang politik PAS. Senator Liew Chin Tong, merupakan generasi muda dalam Parti Tindakan Demokratik(DAP) ketika almarhum memimpin PAS dahulu, namun pengalaman DAP bekerjasama ...

HANYA DUA TOKOH HARIMAU ASIA YANG MAMPU KEMBALIKAN KERAJAAN MANDAT RAKYAT!

Umum mengetahui bahawa keretakan yang berlaku dalam Perikatan Nasional(PN) sejak ia diwujudkan kini sudah sampai ke kemuncaknya. Parti-parti yang bergabung untuk mengwujudkan sebuah kerajaan tanpa mandate rakyat semakin hari semakin berbeza hala tuju mereka. UMNO-BN kekal dengan pandangan mereka bahawa parlimen harus dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan semula, namun ia tidak dipersetujui oleh sebahagian pimpinan PAS dan BERSATU. Kini, ura-ura sebilangan wakil-wakil rakyat untuk kembali semula kepada Pakatan Harapan(PH) semakin kerap didendangkan. Kata Pegarah Komunikasi PKR YB Fahmi Fadzil, ‘Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang!’ membuktikan bahawa khabar angin ingin menjadi berita yang benar. Setelah timbalan menteri Kerja Raya, YB Dr.Shahrudin meletakan jawatannya dalam kerajaan PN, ura-ura semakin menjadi benar. Aksi patah semula wakil-wakil rakyat ini ke pangkuan pembangkang akan menjadikan jumlah kerusi kerajaan PN akan seri ataupun minoriti berban...