Langkau ke kandungan utama

TERBUKA DAN SETIA KAWAN ADALAH RAMUAN UTAMA KUKUHNYA PAKATAN HARAPAN



Sejak tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan(PH) akibat langkah sheraton oleh sebilangan politikus negara, keadaan PH agak goyah. Kesatuan yang sebelum ini terbina hasil nekad dan sepakat mereka untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi pecah berderai. Tumbangnya kerajaan PH ini akibat keluarnya BERSATU dari PH dan sebilangan wakil rakyat KEADILAN telah menyebabkan PH sukar memutuskan hala tuju yang harus digerakkan.

Duduknya Tun M dan 4 orang lagi wakil rakyat BERSATU diluar kerajaan Perikatan Nasional(PN) telah mendorong PH untuk berunding semula bersama mereka walaupun mereka bukan dalam PH. Hal ini diakui oleh Pengerusi PH, Dato` Seri Anwar Ibrahim bahawa apa jua usaha kearah mengembalikan semula kerajaan yang dipilih oleh rakyat harus diteruskan. Terkeluarnya pasukan Tun M itu bererti mereka tidak sehaluan dengan PN, dan PH juga hampir pasti tidak bersama PN. Oleh itu, pimpinan PH berpandangan elok jika PH dan pasukan Tun M termasuk WARISAN mengadakan rundingan agar formula mengembalikan kerajaan pilihan rakyat dapat dikembalikan.

Rundingan demi rundingan telah dijalankan, dan PH sebagai gabungan rasmi parti-parti terbesar di dalam Parlimen pastinya mempunyai hujah dan idea-idea baru yang dibangkitkan. Keadaan ini telah digambarkan sebagai suasana yang berpecah didalam PH. Seolah-olah ada kem Tun M dan kem Anwar Ibrahim dalam PH. Hakikatnya semua pimpinan didalam PH sepakat untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, namun apa yang berlaku adalah sebaran idea-idea yang ingin dibentuk untuk mendapatkan semula kerajaan pilihan rakyat. Dengan jalan yang ada, laluan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri lebih mudah.

Semua pimpinan ,ahli dan penyokong PH harus sedar, PH merupakan parti yang dibentuk atas sebab yang berbeza. DAP secara asasnya dibentuk untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih demokratik, KEADILAN dibentuk atas kezaliman yang dilakukan rejim lama dan mahu mereformasikan institusi negara dan AMANAH diutubukan untuk menentangkan sikap wala’ membabi buta parti lamanya dalam berpolitik dan membawa nilai islam berdasarkan konteks Malaysia. Tetapi 3 parti komponen ini mampu berpakat sederap untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi kerana apa? Kerana 3 parti komponen ini punyai sikap toleransi, terbuka dan adil dalam melayani semua hujah dan pandangan. BERSATU yang kemudian menyertai PH juga harus ikut budaya ini. Ini satu pencapaian PH sehingga berjaya menang Pilihan Raya Umum dan pencapaian ini harus dikekalkan untuk menghadapi kerajaan PN ini.

PH harus menolak usaha yang mahu menjadikan PH sebuah parti yang wala’ tak tentu arah. PH harus membendung budaya menolak mentah-mentah pandangan pelbagai pihak yang dilihat kritikal untuk sesuatu pihak. Semua ahli,pimpinan dan penyokong harus kembali bersama sebagai sebuah gabungan yang mempunyai cara kita sendiri untuk menguruskan perbezaan pandangan. Anak muda hauskan sebuah kerajaan baru. Kerajaan yang bagaimana? Kerajaan yang mampu mengurus perbezaan dan mendengar pelbagai pandangan. Ini budaya baru anak muda kita, jika PH mampu menjadikan ia sebuah gabungan yang punyai ciri-ciri tersebut, maka PH lah pelopor politik generasi baru dan tidak mustahil Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri pertama yang akan memulakan budaya politik baru untuk generasi baru demi Malaysia baru.

PH ada kekuatannya. DAP dengan disiplinnya, AMANAH dengan setia kawannya dan KEADILAN dengan reformasinya. Ini semua telah bersatu dibawah PH dan inilah ramuan utama PH. Jika salah satunya tempang, maka PH tak mampu bergerak dengan lebih kuat. Keputusan yang diumumkan Majlis Presiden PH pada 6 Julai 2020, telah membuktikan yang PH tetap kukuh. Timbul persepsi perpecahan dalam PH adalah mainan pihak lawan untuk menggusarkan hati para ahli dan penyokong PH. Semoga persidangan dewan rakyat yang bermula 13 Julai 2020 ini, akan menjadi medan utama PH berhadapan dengan PN dan mengembalikan semula kerajaan pilihan rakyat.

Disediakan oleh,
SYAZMIR HARIZ BIN NOORAZALAN
AJK Biro Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor
Naib Ketua Pemuda AMANAH Gombak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

IMEJ 'AMANAH DI HATIKU'

  Dua tiga minggu ini, sama ada di media sosial mahupun media massa banyak membicarakan soal kelangsungan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam politik Malaysia. Penulis tidak pasti, sejak bila kedudukan AMANAH ini diperdebatkan, namun penulis perasan ia bermula apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) AMANAH Negeri Johor berpindah ke parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun perpindahan tiga ADUN ini ke dalam PKR adalah sejak 2020, namun ia diumumkan secara rasmi beberapa minggu yang lalu. Sejak pengumuman itu, pelbagai hujahan dan kritikan terhadap AMANAH dilemparkan. Sama ada ia mahu mengukuhkan AMANAH atau mahu memencilkan AMANAH dalam politik Malaysia, ia lebih banyak membicarakan soal sikap yang diamalkan oleh AMANAH dan jalan yang harus dipilih oleh AMANAH sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tiba. Penulis mengambil maklum dan membaca segala rencana-rencana tersebut dan penulis akui bahawa persoalan diatas amatlah penting...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...