Langkau ke kandungan utama

TRIBUTE ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR: FADZIL NOOR TIDAK PERNAH KHIANAT PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN!!



Saban tahun pada bulan jun, catatan politik dinegara kita akan memaparkan kenangan-kenangan yang pernah berlaku tentang seorang tokoh politik dan gerakan islam di Malaysia. Beliau ialah Almarhum Dato Fadzil Mohd Noor. Pada 23 Jun 2002, beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia dari kawasan Pendang,Kedah telah kembai kepada penciptanya.

Pada edisi kali ini, penulis menulis rencana khas tribute untuk almarhum. Bagi rencana pertama ini, penulis mencatatkan pengalaman tokoh-tokoh yang pernah dididik dan bekerjasama dengan almarhum .Antara tokoh tersebut ialah Dato Mahfuz Omar yang pernah menjadi ketua pemuda PAS ketika almarhum memimpin PAS, Datuk Wira Dr.Mohd Hatta Ramli bekas Setiausaha Politik Almarhum dan terakhir,Senator Liew Chin Tong, pemimpin DAP yang banyak mengkaji tentang politik PAS.

Senator Liew Chin Tong, merupakan generasi muda dalam Parti Tindakan Demokratik(DAP) ketika almarhum memimpin PAS dahulu, namun pengalaman DAP bekerjasama dengan almarhum sama ada dalam wadah GERAK mahupun Barisan Alternatif(BA) telah membolehkan Senator Liew mengenalpasti tentang kepimpinan almarhum.

Antara yang pasti, bagi Senator Liew, almarhum merupakan tokoh gerakan islam yang mengambil sikap bersederhana dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Beliau menyedari bahawa gagasan negara berkebajikan yang dibawa oleh PAS pada tahun 2011 merupakan agenda utama almarhum ketika memimpin PAS. Almarhum lebih menekankan soal nilai kebersamaan yang ada dalam Islam untuk ditonjolkan sebagai nilai pemerintahan jika PAS mentadbir Malaysia. Usaha almarhum itu terhenti apabila almarhum jatuh sakit dan terus meninggalkan kita semua. Namun, pelapis-pelapis beliau yang kini berada dalam AMANAH berusaha untuk mengembalikannya semula dalam PAS, namun hanya seketika sahaja apabila PAS kembali memilih jalan keras.

Disini dapat diamati bahawa almarhum bijak mencari nilai sebagai titik temu yang PAS dan islam ada agar kerjasama diantara PAS dan parti-parti politik yang lain boleh bekerjasama. Ciri-ciri Islam yang syumul itu telah digunakan oleh almarhum untuk mecapai kesepakatan bersama parti-parti politik dari pelbagai ideologi bagi menghadapi parti lawan dalam setiap PRU. Tujuannya apa? Agar PAS berada dalam kerajaan dan mampu melaksanakan pentadbiran yang baik dan berkesan seiring nilai-nilai dalam Islam. Pastilah gagasan ini dilakukan tanpa menggadaikan nilai-nilai tetap yang ada dalam syariat Islam.

Beralih pula kepada Ahli Parlimen Pokok Sena merupakan insan yang sama-sama masuk ke parlimen bersama Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada tahun 1999. Bagi Dato Mahfuz, almarhum merupakan ahli politik yang mempunyai ketajaman dalam membaca situasi bagi memandu gerak politiknya. Antara langkah yang almarhum ambil yang membuktikan bahawa almarhum mempunyai ketajaman dalam berpolitik adalah misi beliau memasyarakatkan PAS. Kata Dato Mahfuz,, almarhum berjaya memecahkan tembok pemikiran ekstrimis dikalangan ahli-ahli PAS. Pengaruh dari luar negara seperti Revolusi Iran telah mendorang sebilangan ahli PAS untuk mengamalkan budaya beragama secara keras.

Selain itu, ada dua tindakan almarhum yang dikatakan berani serta berpandukan ketajaman politiknya. Tindakan tersebut ialah almarhum pergi sendiri ke rumah Dato Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat dari kerajaan dan UMNO-BN. Tindakan tersebut dibuat segera memandangkan nasib Anwar Ibrahim yang dijangka dipenjarakan. Hal ini menyebabkan almarhum tidak berbincang dan mendapatkan persetujuan pimpinan PAS ketika itu. Walaupun tindakan itu mendapat bantahan sebahagian pimpinan, namun kesan tindakan tersebut, PAS dilihat parti yang boleh membela keadilan Anwar Ibrahim di mata rakyat umum. Akhirnya dengan tindakan tersebut, PAS berjaya menyatu-padukan NGO dan parti-parti politik pembangkang yang menyebabkan almarhum dipilih mengetuai kumpulan tersebut serta berjaya merampas Terengganu dari UMNO-BN dan menempatkan 27 wakil ke Dewan Rakyat.

Walaupun Parti Semangat 46 meninggalkan Angkatan Perpaduan Ummah(APU) pada tahun 1995, namun penguasaan yang dilakukan oleh PAS hasil pakatan yang dilakukan menyebabkan PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak tergugat sama sekali. Hal ini membuktikan, bacaan politik almarhum sangat tepat dan mampu mendatangkan manfaat pada PAS. Bagi Dato Mahfuz, almarhum mempunyai ketajaman berpolitik yang mampu mendatangkan keuntungan kepada PAS. Sebagai ahli politik, pastinya segala tindakan perlu memberi manfaat kepada parti dan almarhum mahir dalam soal ini.

Dr.Hatta merupakan orang yang berperanan dalam menguruskan ucapan-ucapan dan tugas almarhum sebagai ketua pembangkang di dewan rakyat. Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, PAS menjadi parti pembangkang yang memenangi kerusi terbanyak seterusnya dilantik sebagai ketua pembangkang, oleh itu jawatan Setiausaha Politik diwujudkan secara tidak rasmi.

Beliau antara invididu yang dekat dengan almarhum sehingga almarhum pergi mengadap ilahi. Bagi beliau, almarhum seorang ahli politik yang tidak gemar membaca teks sama ada dalam ceramah mahupun berbahas dalam parlimen. Almarhum mempunyai keupayaan untuk menjawab hujah-hujah pihak lawan dengan fakta dan perumpamaan yang sangat tepat. Kemahiran yang almarhum ada ini menyebabkan menteri dan penyokong BN sangat berhati-hati apabila mahu mencelah almarhum berbahas. Jika tersalah cakap,almarhum boleh memerangkap pihak tersebut dengan almarhum kembalikan semula hujah tersebut kepada pihak yang bercakap itu. Cara almarhum yang tidak gemar untuk membaca teks menyebabkan unit penyelidikan dalam PAS termasuk Dr.Hatta perlu bekerja keras untuk menyediakan fakta-fakta yang tepat kepada almarhum. Dari situ juga, Jabatan Penyelidikan PAS mula berperanan dalam setiap gerak kerja PAS.

Dari sudut pakatan politik, almarhum bersama-sama DAP,PKN dan PRM telah menubuhkan Barisan Alternatif sebagai kesatuan pembangkang melawan BN. Namun, beberapa faktor menyebabkan BA berpecah. Antaranya kemunculan tokoh-tokoh yang mengambil sikap keras dalam menguruskan kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS, beberapa tindakan ini menyebabkan salah faham antara parti komponen BA. Dalam masa yang sama, Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung pada tahun 2001, beberapa isu antara DAP-PAS tidak sempat diselesaikan memandangkan DAP mendapat tempat di Sarawak manakala PAS masih sensitif untuk diterima disana. Almarhum tidak sempat menguruskan hal tersebut menyebabkan BA berpecah. Ternyata peristiwa tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan almarhum.

Seterusnya, Dr.Hatta melihat almarhum seorang yang menenangkan apabila parti mengalami konflik. Contohnya peristiwa memali itu mencetuskan kemarahan kepada ahli-ahli PAS. Namun almarhum mengambil sikit yang menenangkan agar ahli PAS tidak melakukan tindakan yang keterlaluan dan PAS tidak diharamkan. Almarhum menyatakan bahawa tindakan kerajaan ketika itu untuk menguruskan hal ini memang salah, tetapi biarlah almarhum sendiri yang berjumpa pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Keadan menjadi tenang hasil tindakan tersebut.

Dari pandangan luar negara kepada almarhum, almarhum berada pada tempatnya sendiri. Kejayaan almarhum memimpin parti islam sehingga berjaya menjadi kerajaan(negeri) telah menjadikan almarhum sebagai guru negara luar terutamanya Indonesia. Tambahan pula, Indonesia yang mempunyai banyak parti politik terutamanya parti politik Islam, perlukan seorang perantara untuk menyatukan mereka. Pandangan tinggi parti politik islam Indonesia kepada almarhum membolehkan parti-parti ini berjumpa dalam satu majlis serta almarhumlah menjadi orang tengah menyeru kepada penyatuan semua parti-parti politik Islam semasa itu.

Akhirnya Dr.Hatta menyebutkan, mengapa begitu ramai orang mengiringi jenazah almarhum di Kedah. Apakah yang almarhum lakukan sehingga orang sayang kepada beliau. Hanya satu jawapannya, ialah almarhum mewakili suara seluruh rakyat Malaysia. kata-katanya sama ada ucapan mahupun berhujah, sangat memberi kesan kepada orang ramai. Walaupun tidak pernah berjumpa, rakyat rasa akan kehadirannya.

Dari keseluruhan temubual ini, jelas dan nyata selain almarhum mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang luar biasa, almarhum juga tidak pernah mengkhianati sebuah pakatan yang telah dibentuk untuk menentang kezaliman. Malah almarhum terus mencuba untuk mengekalkan keutuhan sama ada APU mahupun BA tetapi gagal. Kebanyakkan semasa era beliau, PAS yang dtinggalkan oleh rakannya, bukan PAS meninggalkan mereka. Tidak pernah sekalipun almarhum mengkhianati perjuangan untuk menentang penindasan yang berlaku. Pernah sepentas dengan UMNO demi isu kemanusian dan sejagat tetapi tidak pernah sekalipun bersetuju bersama UMNO dalam perjuangan. Malah almarhum istiqamah meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat. Itulah kenyataannya Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor tidak pernah khianat!!!!

Disediakan oleh,
SYAZMIR HARIZ BIN NOORAZALAN
AJK Biro Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor
Naib Ketua Pemuda AMANAH Gombak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...