Langkau ke kandungan utama

SIDANG DUN & PARLIMEN: YB AMANAH TERUS MENGASAK PN!!



Selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) jadual sidang DUN dan Parlimen yang tertangguh sekian lama terpaksa diadakan. Tumpuan media seluruh negara diberikan kepada Sidang Dewan Rakyat Malaysia yang menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional(PN) mengusulkan agar Yang di-Pertua Dewan Rakyat ditukar. Dengan undian sokongan sebanyak 111 undi manakala yang menolak 109 undi, maka Tan Sri Dato Mohamad Ariff Md Yusoff tersingkir dari kerusi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Selepas penyingkiran tersebut, sidang dewan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu perbahasan titah diraja sempena pembukaan sidang dewan rakyat sesi ini.

Pembangkang memulakan sesi perbahasannya yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. Namun apa yang dibicarakan oleh penulis adalah peranan yang dimainkan oleh wakil-wakil rakyat dari AMANAH sangat mengujakan. Seolah-olah taring YB-YB ini kembali tumbuh selepas di hadkan semasa menjadi pemimpin kerajaan dahulu.

Dato Seri Dr.Mujahid Yusof Rawa(Parit Buntar)merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) berjaya mematikan persepsi yang dimainkan oleh BN dan PAS satu ketika dahulu bahawa aset Tabung Haji telah dijual kepada syarikat bukan Islam. Ia diperkukuhkan oleh jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila segala aset Tabung Haji masih diuruskan oleh syarikat melayu Islam, dan tindakan rasionalisasi Tabung Haji berjaya memulihkan semula ekonomi yang sedang membengkak. Setelah perbahasan, Dr.Mujahid dengan penuh tanggungjawab mempelawa bekas Pengerusi Tabung Haji era BN(Baling) YB Datuk Azeez Rahim berdebat untuk merungkai isu-isu Tabung Haji. Sidang DUN Selangor merasa tempias isu Tabung Haji ini apabila ADN Taman Templer YB Sany Hamzan bangun dalam perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor menyatakan bahawa PAS merupakan parti yang memfitnah dalam isu Tabung Haji. Ia terkait dengan jawapan menteri diparlimen berkaitan Tabung Haji.

Sebagai orang lama dalam Dewan Rakyat, mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia(Datuk Mahfuz Omar) yang juga ahli parlimen Pokok Sena telah mengutarakan kerisauannya terhadap kadar pengangguran yang meningkat terus mendadak kesan Pandemik Covid-19. Kata beliau, kadar pengangguran yang berlaku sekarang merupakan kadar pengangguran bagi setahun. Sedangkan tempoh kadar penganguran kini hanyalah bagi separuh tahun 2020. Datuk Mahfuz sempat memberikan pujian kepada PAS kerana telah menyokong Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baru yang dulunya dikatakan berfahaman liberal. Sesungguhnya PAS kini terbuka menyokong individu yang dulunya bukanlah menepati citarasa PAS.

Ia diikuti oleh perbahasan titah diraja oleh YB Tuan Hj Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Presiden AMANAH. Dalam ucapan beliau menegasakan bahawa pemimpin Islam itu merupakan keutamaan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atau pemimpin negara, tetapi yang lebih penting ialah pemimpin Islam yang beriman,bertaqwa dan lebih penting berintegriti. Meskipun diganggu oleh ahli parlimen yang berhujah tanpa hala tuju dan lebih kepada emosi semata-mata, ,Mat Sabu kekal tenang meneruskan ucapannya dengan menekankan soal rasuah. Bagi mengelakkan isu rasuah itu di jadikan bahan utama, pihak lawan Mat Sabu mempersoalkan tentang isu pelarian yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW. Cubaan bagi memburukkan Mat Sabu gagal apabila tahap ucapan Mat Sabu lebih berkualiti dan bertaraf pemimpin diplomatik.

Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Salahuddin Ayub, menyarankan agar Akta Penyalahgunaan Agama digubal, agar segelintir ahli politik tidak sewenang-wenangnya menggunakan eleman agama untuk mendapat keuntungan politik. Ia juga mampu mengurangkan kecanduan pengikut agamawan secara membabi buta. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai, menegaskan bahawa sentimen agama yang digunakan dalam politik hanya merosakkan nilai agama yang ada.

Pengarah Komunikasi AMANAH, YB Ir.Khalid Samad yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam sempat menjawab isu pengkhianatan yang dikatakan dilakukan oleh bekas pemimpin PAS yang menubuhkan AMANAH. Kata beliau, bekas pemimpin PAS yang menubuhkan AMANAH dilakukan berasaskan prinsip yang dipersetujui dalam Muktamar PAS 2008 di Ipoh. Perwakilan muktamar ketika itu bersetuju bahawa PAS berada bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat(PR). Namun, sebahagian pemimpin PAS telah memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP serta mesra BN. Bekas pemimpin PAS dengan penuh tanggungjawab telah bertindak keluar PAS untuk menubuhkan AMANAH bagi bersama PKR dan DAP. Hal ini kerana mereka semua menang dalam Pilihan Raya Umum atas mandat bersama PKR dan DAP, maka mereka wajar keluar PAS yang sudah tidak bersama dengan PKR dan DAP.

Berbeza dengan pengkhianatan yang berlaku sehingga kerajaan Pakatan Harapan(PH) tumbang. PH dipilih oleh rakyat melalui PRU, tetapi beberapa ahli parlimen dari PH melompat ke BN yang kalah dalam PRU. Hal ini sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional(PN) yang tidak dipilih oleh rakyat. Ini adalah pengkhianatan terbesar yang dilakukan oleh sebahagian ahli parlimen kepada rakyat.

Perbahasan ini juga disertai oleh hampir kesemua ahli parlimen AMANAH termasuk YB Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad(Kuala Selangor), YB Datuk Dr.Hatta Ramli(Lumut), YB Datuk Hasanudin Yunus(Hulu Langat), YB Datuk Hassan Baharom(Tampin) dan YB Hanipa Maidin(Sepang).

Beralih kepada sidang DUN Melaka, mantan Ketua Menteri Melaka, telah berjaya membawa perbahasan yang berkualiti dalam menegur kepimpinan kerajaan negeri Melaka. Tegas YB Adly Zahari, kerajaan negeri Melaka kini yang wujud hasil wakil rakyat yang melompat adalah kerajaan yang tidak stabil sama sekali,kesan dari ketidakstabilan ini maka pelabur akan memilih negeri lain sebagai tempat melabur. Selain itu, hasil kegiatan lompat parti ini, rencana yang telah dirancang oleh kerajaan lalu semuanya terhenti serta-merta. ADN Bukit Katil itu mengingatkan bahawa pembelotan itu pernah ditulis oleh sejarah melayu dahulu dan pembelotan itu akan memudaratkan si pembelot kelak.

Mengapa wakil rakyat kerajaan, menghalang peringatan itu dizahirkan oleh Bendahari Agung AMANAH itu?? Adakah wakil rakyat kerajaan Melaka takut dengan bayang-banyang pengkhianatan dan pembelotan yang dilakukan. Ucapan itu dsokong pula oleh ADN Durian Tunggal, Datuk Sofi Wahab yang menyatakan dengan sinis bahawa hari ini kami duduk disini sebagai pembangkang bagi sesi ini, mungkin pada sesi akan datang kami akan duduk semula sebagai kerajaan, selagi aktiviti tidak bermoral lompat parti masih berjalan.

Sesungguhnya, wakil-wakil rakyat AMANAH sama ada di Sidang Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat cukup memberi sengatan berbisa kepada kerajaan PN. PN tidak mampu sewenangnya melakukan apa sahaja untuk memastikan PN mendapat keuntungan politik dan seluruh rakyat Malaysia akan ingat dan faham bahawa PN merupakan gabungan parti yang mengamalkan budaya tidak bermoral seperti lompat parti. AMANAH akan menjadi suara rakyat didalam dewan dan AMANAH akan menjadi parti yang peduli akan masa kini dan masa depan anak bangsa.

Disediakan Oleh,
SYAZMIR HARIZ NOORAZALAN
Penulis Politik – Tinta Siyasah
AJK Biro Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor
Naib Ketua Pemuda AMANAH Gombak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...