1. Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM. 2. Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan. 3. Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang. 4. Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih. ...
Ulasan
Catat Ulasan