Langkau ke kandungan utama

Hasbie Muda Ketua Pemuda AMANAH yang baharu



Setelah ketiadaan penyandang jawatan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, hari ini kesemua AJK Pemuda AMANAH Nasional yang dipilih oleh perwakilan penghujung 2019 dahulu telah selesai memilih Ketua Pemudanya yang baru. Umum mengetahui bahawa pemilihan semula Ketua Pemuda AMANAH Nasional ini bukanlah kali pertama, sebelum ini setelah penyandang jawatan dilanda badai Sheraton telah meninggalkan parti menyebabkan pemilihan semula jawatan tersebut. Namun kali ini sedikit berbeza apabila Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang sedang berjuang bersama jawatan sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan telah dijemput oleh Allah SWT akibat Covid-19. Pejuang yang dimaksudkan ialah Almarhum Shazni Munir.


Kini amanah ini dipikul oleh Sdr. Hasbie Muda pula. Sdr.Hasbie Muda merupakan antara pemuda yang pernah bersama PAS satu ketika dahulu dan menubuhkan AMANAH. Sdr. Hasbie Muda yang bertapak di Terengganu dipilih sebagai Ketua Pemuda AMANAH Terengganu semasa penubuhannya. Bukanlah baru dalam politik, beliau mula bergiat aktif dalam perjuangan apabila menyertai pelbagai demonstrasi mewakili mahasiswa. Memandangkan beliau merupakan penuntut di Universiti Malaya, aura perjuangannya sering ditiupkan hari demi hari. Boleh diamati perjuangan dan aspirasinya sebagai mahasiswa dalam buku yang beliau sunting iaitu ‘Mahasiswa Bangkit’.

Setelah tamat belajar beliau banyak berjuang bersama PAS dalam platform beliau sendiri iaitu sebagai penulis buku. Mana tidaknya, ketika nama PAS dipuncak apabila disokong pelbagai pihak sama ada Islam atau bukan Islam, beliau meluncurkan beberapa buku terkait dengan PAS iaitu ‘PAS dan Pilihan Raya’ serta buku ‘Kemenangan Yang Tertangguh’. Buku-buku yang beliau tulis dan terbitkan atas nama MLC Bookstore ini banyak membuka mata masyarakat umum yang sebelum ini jauh dari PAS. Kritikan dan analisis terperinci Sdr. Hasbie Muda tentang prestasi PAS dalam pilihan umum khususnya PRU ke-13 merupakan teguran halus beliau agar PAS terus melakukan muhasabah dalam masa terdekat agar kekal relevan dalam politik Malaysia.

Semasa PRU ke-14, gelombang rakyat Malaysia yang menyebabkan BN jatuh tersungkur juga adalah hasil percaturan rakan-rakan PH yang sanggup berkorban bertanding di kerusi-kerusi pantai timur. Walaupun sedar akan kesukaran menembusi kerusi-kerusi PAS dan BN, kehadiran calon-calon PH berjaya mengepung BN daripada memenangi lebih banyak kerusi sehingga PH berjaya menawan kerajaan pusat. Antaranya ialah Sdr. Hasbie Muda sendiri yang bertanding di DUN Paka Terengganu. Meskipun kalah, namun kesediaan Sdr. Hasbie berjuang di gelanggangnya sendiri amat wajar untuk diteladani. Rezeki menyebelahi beliau apabila beliau dilantik sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YM Raja Kamarul Baharin yang juga Pengerusi AMANAH/PH Terengganu.

Kini beliau memikul Amanah selaku Naib Pengerusi AMANAH Terengganu. Satu tugas yang amat mencabar buat beliau untuk melakukan sesuatu yang luar biasa untuk mengeluarkan rakyat Terengganu dari cengkaman politik tunggangan agama. Walaupun kepimpinan PAS sendiri selaku kerajaan di Terengganu telah melondehkan kedangkalan mereka memimpin, namun usaha AMANAH di Terengganu tidak pernah dimalapkan.

Apa yang menjadi harapan penulis buat kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional yang baharu ialah mengisi kelompongan yang telah lama wujud sejak pemilihan 2019. Benar Langkah Sheraton telah melukakan kita semua, namun luka itu tidak perlu dibiarkan menjadi barah sehingga tidak mampu berfungsi lagi. Ia harus diubati segera dengan daya kepimpinan yang lebih cergas dan bermaya demi menyayingi kepimpinan pemuda parti-parti lain. Bagaimana kita melihat Dato Mahfuz memimpin Dewan Pemuda PAS, bagaimana Datuk Salahudin Ayub, bagaimana ketika Lim Guan Eng menjadi Ketua DAPSY dahulu? Mereka mengaum bagai harimau yang sangat kelaparan melanggar regim BN. Media merasakan ini makanan yang paling panas untuk dihidangkan kepada masyarakat. Maka media selalu naikkan perihal mereka, bukan kerana populariti tetapi lebih dari itu atas usaha perjuangan mereka yang lebih pantas dan cergas berbanding kepimpinan senior.

Posisi AMANAH dalam PH juga akan menjadi indikator kepimpinan Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang baharu. Meskipun Ketua DAPSY dan AMK merupakan seorang Yang Berhormat, ia tidak sesekali akan merendahkan kedudukan AMANAH dalam PH. Harapanya agar peranan AMANAH tidak dikesampingkan dalam PH khususnya Pemuda. Pandangan masyarakat kepada kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional merupakan asas penting kerana politik itu adalah persepsi. Gagal mengurus persepsi akan mengurangkan sokongan masyarakat pada AMANAH khususnya Pemuda.

Ini merupakan tulisan penulis untuk memperkenalkan serba ringkas siapa Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang baharu atau siapa itu Sdr. Hasbie Muda, manakala harapan yang penulis nyatakan adalah harapan awal penulis kepada kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional yang akan memikul tanggungjawab ini lebih besar. Semoga Pemuda AMANAH Nasional akan bergerak lebih gagah dan bersemangat bagi memastikan AMANAH kekal relevan dalam politik Malaysia dan mandat rakyat dlm PRU ke-14 yang dibakul sampahkan akan dikembalikan dalam PRU akan datang.

Seeru Ala Barakatillah

SYAZMIR HARIZ BIN NOORAZALAN
Ketua Komunikasi AMANAH Gombak
AJK Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...