1. Berasal dari kalangan tenaga akademik Pengajian Tinggi, Ustaz Fadzil Noor merupakan sosok pemimpin jemaah Islam yang mempunyai sentuhan berbeza dari pemimpin lain. Terdedahkan gaya bekerjasa secara profesional telah membentuk gaya kepimpinan Ustaz Fadzil yang lebih sederhana atau moderat dalam membawa mesej Islam pada zamannya. 2. Dipilih sebagai Presiden PAS pada fasa elemen kepimpinan Ulamak dalam PAS yang baru berkembang dan menjadi pandu arah kepada perjalanan politik PAS, Ustaz Fadzil berjaya meluruskan pergerakan PAS yang hampir terpesong kearah gerakan yang berjalur keras dalam beragama. Meskipun menjadikan revolusi Iran sebagai role model kepimpinan Ulamak PAS, tetapi Ustaz Fadzil atas ketajaman dalam berfikir berjaya membentuk imej yang lebih mesra dan luas buat PAS. 3. Ada beberapa elemen yang boleh penulis tekankan bahawa Ustaz Fadzil ...