Langkau ke kandungan utama

Tokoh Murabbi Ummah yang sebenar

 



Semperna pemergian Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor 23 Jun 2002

Senario politik Malaysia telah dicorakkan oleh ahli politik itu sendiri. Sama ada tindakan ahli politik itu sendiri mampu mengubah suhu dan landskap politik Malaysia atau tidak. Di Malaysia salah satu ahli politik yang telah mengubah landskap politik Malaysia ialah Dato’ Fadzil Mohd Noor yang merupakan mantan Presiden Pas.  Sedikit latar belakang beliau;

1.       Beliau mula menonjol  dalam bidang kepimpinan dan gerakan islam apabila menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) pada tahun 1973. ABIM merupakan sebuah gerakan belia islam yang lantang membetulkan persepsi masyarakat tentang islam dan dan mahu mengaplikasikan cara hidup islam yang sebenar di Malaysia.  Beliau memimpin ABIM sebagai Timbalan Presiden bergandingan dengan Anwar Ibrahim sebagai Presiden ABIM dari tahun 1974 hingga 1978. Beliau merupakan pemimpin ABIM yang tahan lasak dan diuji. Hal ini terbukti apabila, baliau terpaksa memikul tugas Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan dibawah ISA ekoran demonstrasi di Baling,Kedah pada tahun 1974.

2.       Hasil pandangan dari Pak Nasir, sebahagian ahli ABIM perlu diserapkan ke dalam PAS untuk mengukuhkan pengaruh PAS di Malaysia. ABIM yang berperanan sebagai pembangkang apabila PAS duduk dalam kerajaan campuran bersama parti-parti perikatan yang lain(Barisan Nasional-BN) telah berjaya melebarkan pengaruhnya di seluruh Malaysia. Oleh itu, pengaruh ABIM itu perlu dipindahkan kedalam PAS, untuk memulihkan kedudukan PAS apabila PAS telah ditendangkan keluar dari BN pada tahun 1977. Salah satu tokoh yang paling berkarisma untuk memimpin PAS selepas Datuk Asri Muda ialah Ustaz Fadzil Noor dan Anwar Ibrahim.  

3.       Krisis yang melanda PAS selesai apabila Tuan Guru Haji Yusof Rawa dilantik sebagai Presiden PAS manakala Ustaz FadziL Noor dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS. Kepimpinan ulamak diperkenalkan, hal ini berlaku apabila Hj Yusof Rawa dipilih sebagai Mursyidul Am bertindak sebagai pengerusi kumpulan yang memandu keputusan parti agar tidak lari dari perjuangan PAS. Manakala Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am. Ustaz Fadzil Noor menjadi regu Hj Yusof Rawa dalam membina semula PAS yang kembali lemah dan hilang arah tuju perjuangan.

Dalam melihat semula gaya kepimpinan dan pemikiran Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Fadzil Noor bukan sahaja menjadi pemimpin kepada PAS malah beliau juga dianggap pemimpin ummah dan seluruh rakyat Malaysia.

1.       Beliau merupakan tokoh yang merentasi zaman. Antara insan yang mahu semula kerjasama diantara PAS dan bukan islam ialah beliau sendiri apabila beliau mengarah Almarhum Ustaz Harun Taib membuat Kertas Kerja Syariah tentang pendekatan bekerjasama dengan orang bukan islam mengikut syariah. Beliau sudah melihat dan percaya bahawa jika PAS mahu membentuk kerajaan di Malaysia, PAS harus menjalinkan kerjasama dengan bukan islam dan parti-parti pembangkang yang lain. Memasuki Pilihan Raya Umum secara bersendirian hanya akan membazirkan masa,tenaga dan kewangan parti.

2.       Selain itu, selepas krisis UMNO yang menyebakan pepercahan pada tahun 1988, beliau bersama Tengku Razaleigh Hamzah melalui parti Semangat 46 parti serpihan UMNO telah menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah(APU). Dalam masa yang sama Semangat 46 berkerjasama dengan parti-parti bukan islam seperti DAP dalam perikatan politik Gagasan Rakyat.  Hasil kerjasama ini, PRU ke-8(1990) APU berjaya menawan negeri Kelantan. Namun kerjasama ini tidak berkekalan apabila selepas PRU ke-9(1995) Semangat 46 dibubarkan dan kembali semula kepada UMNO.

3.       Tidak boleh diakui bahawa, kewujudan APU ini telah menjadi asa kepada penubuhan pakatan-pakatan politik yang lain selepas itu. Selepas UMNO dilanda krisis kali kedua iaitu pemecatan Anwar Ibrahim dalam kerajaan dan UMNO. Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor memberikan idea yang merentasi pemikiran ahli politik yang lain. Beliau telah menubuhkan GERAK sebuah gerakan yang menuntut pembelaan terhadap kezaliman yang telah dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Dari GERAK, beliau bersama pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Wan Azizah Wan Ismail yang baru menubuhkan Parti Keadilan Nasional(PKN) sepakat menubuhkan pakatan politik yang akan menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia iaitu Barisan Alternatif.  Hasil kebijaksaan Ustaz Fadzil Noor memberi pembelaan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim dan berpakat dengan parti-parti politik yang lain, dalam PRU KE-10(Disember 1999), PAS berjaya menawan negeri Terengganu dan menempatkan seramai 27 orang ahli parlimen di Dewan Rakyat.

4.       Jika penubuhan APU sebagai asas kepada pakatan politik pembangkang di Malaysia. BA pula adalah permulaan kepada semangat kesepakatan politik yang menampakkan bahawa pakatan ini memberi peluang yang terbaik untuk pembangkang menguasai Malaysia. Memang tidak dinafikan badai tsunami politik yang melanda Malaysia adalah hasil gerak kerja Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Tuan Guru Nik Aziz, namun Ustaz Fadzil Noor adalah antara pencetus idea kearah pakatan ini. Dari BA mereka menubuhkan Pakatan Rakyat hasil kemenangan besar pakatan pembangkang pada tahun 2008(PRU ke-12) yang telah merampas 4 negeri iaitu Kedah,Perak,Selangor dan Pulau Pinang serta mengekalkan kerajaan negeri Kelantan. Walaupun pembangkang menerima kekalahan teruk pada tahun 2004(PRU ke-11) hasil naiknya Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun ia tidak menyekat kemaraan pembangkang untuk mencetuskan gelombang tsunami politik bertitik tolak dari penubuhan BA dahulu.

5.       Perlu diingati, tokoh ini adalah pencetus idea kepada penubuhan pakatan politik pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional. Pemikiran beliau tidak difikirkan oleh orang lain yang seangkatan dengannya. Manakala tokoh yang mencadangkan kepada penubuhan parti yang pelbagai kaum adalah Dato’ On Jaafar dan Prof.Zulkefli Mohamed.  Gagasan beliau yang bergerak tanpa nada perkauman menjadi ramuan besar penerimaan rakyat Malaysia kepada PAS. Beliau melahirkan ramai tokoh-tokoh hebat seperti Mohammad Sabu, Salahuddin Ayub, Syed Azman Syed Nawawi dan dr.hatta mohd ramli. Mereka semua berpegang kepada prinsip perjuangan Ustaz Fadzil Noor yang mahukan PAS dilihat sebagai parti untuk semua kaum dan pakatan politik itu harus menjadi keutamaan politik PAS.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...