Saban
tahun pada bulan jun, catatan politik dinegara kita akan memaparkan
kenangan-kenangan yang pernah berlaku tentang seorang tokoh politik dan gerakan
islam di Malaysia. Beliau ialah Almarhum Dato Fadzil Mohd Noor. Pada 23 Jun
2002, beliau yang ketika itu memegang jawatan sebagai ketua pembangkang
Parlimen Malaysia dari kawasan Pendang,Kedah
telah kembai kepada penciptanya.
Pada
edisi kali ini, penulis menulis 2 rencana khas tribute untuk almarhum. Bagi
rencana pertama ini, penulis mencatatkan pengalaman tokoh-tokoh yang pernah
dididik dan bekerjasama dengan almarhum .Antara tokoh tersebut ialah Dato
Mahfuz Omar yang pernah menjadi ketua pemuda PAS ketika almarhum memimpin PAS, Datuk
Wira Dr.Mohd Hatta Ramli bekas Setiausaha Politik Almarhum dan terakhir,Senator
Liew Chin Tong, pemimpin DAP yang banyak mengkaji tentang politik PAS.
Senator Liew
Chin Tong, merupakan generasi muda dalam Parti Tindakan Demokratik(DAP) ketika
almarhum memimpin PAS dahulu, namun pengalaman DAP bekerjasama dengan almarhum
sama ada dalam wadah GERAK mahupun Barisan Alternatif(BA) telah membolehkan
Senator Liew mengenalpasti tentang kepimpinan almarhum.
Antara yang
pasti, bagi Senator Liew, almarhum merupakan tokoh gerakan islam yang mengambil
sikap bersederhana dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Beliau menyedari bahawa
gagasan negara berkebajikan yang dibawa oleh PAS pada tahun 2011 merupakan
agenda utama almarhum ketika memimpin PAS. Almarhum lebih menekankan soal nilai
kebersamaan yang ada dalam Islam untuk ditonjolkan sebagai nilai pemerintahan
jika PAS mentadbir Malaysia. Usaha almarhum itu terhenti apabila almarhum jatuh
sakit dan terus meninggalkan kita semua. Namun, pelapis-pelapis beliau yang
kini berada dalam AMANAH berusaha untuk mengembalikannya semula dalam PAS,
namun hanya seketika sahaja apabila PAS kembali memilih jalan keras.
Disini dapat
diamati bahawa almarhum bijak mencari nilai sebagai titik temu yang PAS dan islam
ada agar kerjasama diantara PAS dan parti-parti politik yang lain boleh
bekerjasama. Ciri-ciri Islam yang syumul itu telah digunakan oleh almarhum untuk
mecapai kesepakatan bersama parti-parti politik dari pelbagai ideologi bagi
menghadapi parti lawan dalam setiap PRU. Tujuannya apa? Agar PAS berada dalam
kerajaan dan mampu melaksanakan pentadbiran yang baik dan berkesan seiring
nilai-nilai dalam Islam. Pastilah gagasan ini dilakukan tanpa menggadaikan
nilai-nilai tetap yang ada dalam syariat Islam.
Beralih pula
kepada Ahli Parlimen Pokok Sena merupakan insan yang sama-sama masuk ke
parlimen bersama Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada tahun 1999. Bagi Dato Mahfuz,
almarhum merupakan ahli politik yang mempunyai ketajaman dalam membaca situasi
bagi memandu gerak politiknya. Antara langkah yang almarhum ambil yang
membuktikan bahawa almarhum mempunyai ketajaman dalam berpolitik adalah misi
beliau memasyarakatkan PAS. Kata Dato Mahfuz,, almarhum berjaya memecahkan
tembok pemikiran ekstrimis dikalangan ahli-ahli PAS. Pengaruh dari luar negara
seperti Revolusi Iran telah mendorang sebilangan ahli PAS untuk mengamalkan
budaya beragama secara keras.
Selain itu, ada
dua tindakan almarhum yang dikatakan berani serta berpandukan ketajaman
politiknya. Tindakan tersebut ialah almarhum pergi sendiri ke rumah Dato Seri
Anwar Ibrahim selepas dipecat dari kerajaan dan UMNO-BN. Tindakan tersebut
dibuat segera memandangkan nasib Anwar Ibrahim yang dijangka dipenjarakan. Hal
ini menyebabkan almarhum tidak berbincang dan mendapatkan persetujuan pimpinan
PAS ketika itu. Walaupun tindakan itu mendapat bantahan sebahagian pimpinan,
namun kesan tindakan tersebut, PAS dilihat parti yang boleh membela keadilan
Anwar Ibrahim di mata rakyat umum. Akhirnya dengan tindakan tersebut, PAS berjaya
menyatu-padukan NGO dan parti-parti politik pembangkang yang menyebabkan
almarhum dipilih mengetuai kumpulan tersebut serta berjaya merampas Terengganu
dari UMNO-BN dan menempatkan 27 wakil ke Dewan Rakyat.
Walaupun Parti
Semangat 46 meninggalkan Angkatan Perpaduan Ummah(APU) pada tahun 1995, namun
penguasaan yang dilakukan oleh PAS hasil pakatan yang dilakukan menyebabkan PAS
dan kerajaan negeri Kelantan tidak tergugat sama sekali. Hal ini membuktikan,
bacaan politik almarhum sangat tepat dan mampu mendatangkan manfaat pada PAS. Bagi
Dato Mahfuz, almarhum mempunyai ketajaman berpolitik yang mampu mendatangkan
keuntungan kepada PAS. Sebagai ahli politik, pastinya segala tindakan perlu
memberi manfaat kepada parti dan almarhum mahir dalam soal ini.
Dr.Hatta
merupakan orang yang berperanan dalam menguruskan ucapan-ucapan dan tugas
almarhum sebagai ketua pembangkang di dewan rakyat. Buat pertama kali dalam
sejarah Malaysia, PAS menjadi parti pembangkang yang memenangi kerusi terbanyak
seterusnya dilantik sebagai ketua pembangkang, oleh itu jawatan Setiausaha
Politik diwujudkan secara tidak rasmi.
Beliau antara
invididu yang dekat dengan almarhum sehingga almarhum pergi mengadap ilahi.
Bagi beliau, almarhum seorang ahli politik yang tidak gemar membaca teks sama
ada dalam ceramah mahupun berbahas dalam parlimen. Almarhum mempunyai keupayaan
untuk menjawab hujah-hujah pihak lawan dengan fakta dan perumpamaan yang sangat
tepat. Kemahiran yang almarhum ada ini menyebabkan menteri dan penyokong BN
sangat berhati-hati apabila mahu mencelah almarhum berbahas. Jika tersalah
cakap,almarhum boleh memerangkap pihak tersebut dengan almarhum kembalikan
semula hujah tersebut kepada pihak yang bercakap itu. Cara almarhum yang tidak
gemar untuk membaca teks menyebabkan unit penyelidikan dalam PAS termasuk
Dr.Hatta perlu bekerja keras untuk menyediakan fakta-fakta yang tepat kepada
almarhum. Dari situ juga, Jabatan Penyelidikan PAS mula berperanan dalam setiap
gerak kerja PAS.
Dari sudut
pakatan politik, almarhum bersama-sama DAP,PKN dan PRM telah menubuhkan Barisan
Alternatif sebagai kesatuan pembangkang melawan BN. Namun, beberapa faktor
menyebabkan BA berpecah. Antaranya kemunculan tokoh-tokoh yang mengambil sikap
keras dalam menguruskan kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS, beberapa tindakan
ini menyebabkan salah faham antara parti komponen BA. Dalam masa yang sama,
Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung pada tahun 2001, beberapa isu antara
DAP-PAS tidak sempat diselesaikan
memandangkan DAP mendapat tempat di Sarawak manakala PAS masih sensitif untuk
diterima disana. Almarhum tidak sempat menguruskan hal tersebut menyebabkan BA
berpecah. Ternyata peristiwa tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan
almarhum.
Seterusnya,
Dr.Hatta melihat almarhum seorang yang menenangkan apabila parti mengalami
konflik. Contohnya peristiwa memali itu mencetuskan kemarahan kepada ahli-ahli
PAS. Namun almarhum mengambil sikit yang menenangkan agar ahli PAS tidak
melakukan tindakan yang keterlaluan dan PAS tidak diharamkan. Almarhum
menyatakan bahawa tindakan kerajaan ketika itu untuk menguruskan hal ini memang
salah, tetapi biarlah almarhum sendiri yang berjumpa pihak kerajaan untuk
menyelesaikan masalah ini. Keadan menjadi tenang hasil tindakan tersebut.
Dari pandangan
luar negara kepada almarhum, almarhum berada pada tempatnya sendiri. Kejayaan
almarhum memimpin parti islam sehingga berjaya menjadi kerajaan(negeri) telah
menjadikan almarhum sebagai guru negara luar terutamanya Indonesia. Tambahan
pula, Indonesia yang mempunyai banyak parti politik terutamanya parti politik
Islam, perlukan seorang perantara untuk menyatukan mereka. Pandangan tinggi
parti politik islam Indonesia kepada almarhum membolehkan parti-parti ini
berjumpa dalam satu majlis serta almarhumlah menjadi orang tengah menyeru
kepada penyatuan semua parti-parti politik Islam semasa itu.
Akhirnya
Dr.Hatta menyebutkan, mengapa begitu ramai orang mengiringi jenazah almarhum di
Kedah. Apakah yang almarhum lakukan sehingga orang sayang kepada beliau. Hanya
satu jawapannya, ialah almarhum mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.
kata-katanya sama ada ucapan mahupun berhujah, sangat memberi kesan kepada
orang ramai. Walaupun tidak pernah berjumpa, rakyat rasa akan kehadirannya.
Dari seluruh
temubual ini, jelas dan nyata selain almarhum mempunyai ciri-ciri kepimpinan
yang luar biasa, almarhum juga tidak pernah mengkhianati sebuah pakatan yang
telah dibentuk. Malah almarhum terus mencuba untuk mengekalkan keutuhan sama
ada APU mahupun BA tetapi gagal. Kebanyakkan semasa era beliau, PAS yang
dtinggalkan oleh rakannya, bukan PAS meninggalkan mereka. Itulah kenyataannya
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor tidak pernah khianat!!!!
Ulasan
Catat Ulasan