1. Hampir 2 minggu berlaku, Almarhum Salahuddin Ayub meninggalkan kita semua. Penulis yang kebetulan telah berjanji untuk bertemu beliau pada hari Sabtu setelah almarhum pulang dari Kedah namun tidak kesampaian apabila hari Jumaat almarhum sakit dan pergi pada hari Ahadnya. 2. Meskipun almarhum bukanlah seorang menteri yang berkhidmat begitu lama dalam kabinet Malaysia, namun keberadaan beliau selama 22 bulan di zaman HARAPAN dan 7 bulan di zaman PERPADUAN telah meninggalkan impak yang sangat besar bagi negara dan rakyat khususnya. 3. Dalam tempoh beberapa bulan kerajaan PERPADUAN dibentuk, almarhum antara nama yang sentiasa disebut-sebut oleh rakyat. Bukan atas faktor portfolio yang beliau pikul sedang menjadi perhatian umum iaitu ‘kos sara hidup’ semata-mata tetapi yang lebih penting almarhum dan pasukannya berjaya mengawal keadaan terseb...