Langkau ke kandungan utama

SETAHUN LANGKAH SHERATON : PENDIDIKAN NEGARA MULA MALAP

 



1. Beberapa hari yang lalu, merupakan genap setahun langkah pemula secara terangan usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dengan pelbagai cara.

2. Paling awal meraikan kejayaan setahun kerajaan PH jatuh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS dengan menyatakan bahawa kejatuhan kerajaan PH merupakan satu peristiwa bermakna kepada pemulihan negara.
3. Namun, tidak perlu PH menjawab kenyataan tersebut, para netizen warga maya pantas membidas dengan pelbagai reaksi.
4. Ahli politik terutamanya PH menekankan bahawa langkah sheraton merupakan satu permulaan kepada kerosakan demokrasi negara seterusnya kepimpinan yang longgar dan tipis menjadikan negara hilang keyakinan dan tadbirurus kecacatan.
5. Namun, harus diingati juga bahawa langkah ini merupakan permulaan kepada proses mencampakkan sistem pendidikan ke lembah yang paling hina.
6. Lihat sahaja selepas langkah tersebut banyak tindakan yang telah mengubah seratus peratus dasar yang dibentuk ketika PH memerintah yang pastinya memberi kesan kepada murid-murid.
7.Antaranya ialah:
a. Memisahkan antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Langkah ini telah menterkebalakangkan usaha yang diwujudkan dari dua segmen ini memandangkan ia merupakan satu aliran yang sama. Penyatuan KPM dan KPT adalah untuk memastikan kesinambungan pendidikan seseorang itu dapat dijalankan sepanjang hayat dengan asas penyelarasan antara keduanya. Tetapi setelah dipisahkan, berbagai kecelaruan yang berbangkit serta perbezaan hala tuju antara pendidikan arus perdana dan pendidikan tinggi. Tambahan lagi, kedua-dua menteri di KPM dan KPT dilihat tidak mampu menjalankan tugas secara bersama yang menambahkan lagi kekabutan sistem pendidikan. Adakah pemisahan dua kementerian ini untuk memastikan semua penyokong kerajaan dilantik sebagai menteri?
b. Kegagalan Menteri Pendidikan membina hala tuju Pendidikan Negara.
Sejak pimpinan kerajaan PN memimpin KPM, belum ada satu kerangka dasar yang dibentangkan kepada umum berkaitan hala tuju pendidikan negara. Walaupun ia berkaitan dasar yang kecil sahaja contohnya berkaitan pengusaha kantin, kemenjadian murid atau lain-lain yang bukannya asas utama pendidikan tidak pernah dibentangkan hampir setahun memimpin. Kegagalan Menteri Pendidikan membentangkan dasar-dasar kecil ini telah menambah keserabutan dalam pendidikan yang sedia kelam-kabut akibat langkah sheraton. Jika ditanya soal dasar pendidikan yang ingin dibawa oleh pucuk pimpinan ini lagilah tidak kedengaran sama sekali. Adakah pemimpin politik yang ada di KPM lebih memikirkan soal mempertahankan kerajaan sedia ada berbanding menyelesaikan isu pendidikan negara?
c. Pendidikan negara telah menjadikan jurang miskin – kaya makin melebar.
Selepas kerajaan PN memerintah, pandemik telah melanda negara dengan kadar yang lebih membimbangkan sehingga memaksa PKP dilaksanakan. Ia telah membataskan proses pendidikan secara bersemuka dan digantikan dengan PdPR. Namun, ketidakupayaan golongan B40 dan M40 menyediakan kelengkapan untuk PdPR telah merencatkan proses pembelajaran untuk semua. Lebih malang lagi, KPM yang diketuai Menteri Pendidikan masih tidak memberi petunjuk apakah status terkini bantuan komputer riba buat 150 000 orang murid B40. Kegagalan KPM menyediakan bantuan kepada golongan ini menyebabkan mereka gagal mendapat akses pendidikan yang sewajarnya seterusnya menempatkan mereka dari kalangan tidak berpelajaran dan kekal miskin. Orang kaya kekal kaya kerana mampu mendapat akses pendidikan, orang miskin kekal miskin kerana tidak mampu mengakses pendidkan. Itu hakikatnya!!Adakah YB Menteri hanya menjaga golongan kayangan semata-mata???
d. Meminggirkan syor-syor yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Kajian Dasar (JKD) Pendidikan.
Semas PH memerintah, KPM berjaya menubuhkan JKD Pendidikan yang bertujuan mengkaji pelbagai saranan khusus untuk mereformasikan semula pendidikan negara. Sehingga langkah sheraton dilaksanakan, JKD Pendidikan telah membentangkan syor-syor mereka kepada Menteri Pendidikan ketika itu Dr.Maszlee Malik seterusnya kepada YAB Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir setelah laporan syor JKD dilakukan ujian makmal. Malangnya, laporan syor JKD Pendidikan tidak dinyatakan perkembangannya setelah KPM bertukar tangan. Usaha yang dilakukan untuk mengubah sistem pendidkan secara holistik tidak dipandang secara serius oleh pihak KPM dan boleh dianggap sebagai sistem pendidikan negara kini tidak lagi mampu berfungsi untuk memanusiakan masyarakat. Adakah Menteri dan dua timbalannya ego atas usaha yang dilakukan oleh kerajaan PH??
e. Menambah beban guru sebanyak yang mungkin.
Sejak pandemik melanda, terlampau banyak tugas yang bukan mengajar telah diberikan kepada guru-guru. Surat Pekeliling diturukan secara tanpa diwar-warkan kepada masyarakat bagi memastikan warga maya tidak mengkritik tindakan membebani tugas guru. Guru diminta menyemak suhu murid, menjaga penjarakan fizikal dan guru perlu menyedikan laporan sebelum dan selepas PdPR bagi membuktikan guru telah menjalankan tugas. Selain itu, keterbatasan masyarakat untuk bergerak menyebabkan guru mengambil tugas sebagai pengagih buku teks, penghantar kerja sekolah dan membantu menguruskan murid sakit yang pastinya guru terdedah kepada risiko besar. Adakah KPM tidak melihat bahawa membebani tugas guru akan merencatkan prestasi guru ketika mengajar??
8. Ini merupakan tanda-tanda bahawa sejak langkah sheraton bermula, sistem pendidikan negara telah menuju zaman gelapnya dan kesannya akan dilihat 10 tahun lagi apabila rakyat kita terus miskin dan tidak berilmu secara formal.
9. Meskipun kesal dengan langkah sheraton ini, namun ia telah melondehkan wajah parti berasaskan agama yang tidak mampu memberi manfaat langsung kepada pendidikan walaupun menjadi sebahagian kerajaan.
10. Rakyat telah berjaya mendapat penilaian yang adil antara BN-PH-PN siapakah yang mampu menerajui kepimpinan pendidikan negara dan akan ditentukan dalam PRU akan datang.
Oleh
SYAZMIR HARIZ BIN NOORAZALAN
Penulis Politik – Tinta Siyasah
AJK Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat
AMANAH Nasional

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...