Langkau ke kandungan utama

RENCANA PENDIDIKAN : ANCAMAN ‘LOST GENERATION’ APA SOLUSINYA?

 


Bual bicara bersama Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik telah diadakan sempena pembukaan sekolah sesi 2021. Program bual bicara ini telah dianjurkan oleh Biro Pendidikan Pemuda AMANAH Nasional selama satu jam lebih. Ternyata program ini telah merungkai banyak persoalan yang timbul akibat daripada perubahan sistem pendidikan pasca pandemik Covid-19.

Pada permulaannya, Dr. Maszlee telah mengimbau kembali segala usaha pasukan beliau termasuk Timbalan Menterinya semasa memimpin Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Katanya, usaha paling utama yang telah dilakukan ialah menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) yang bertujuan untuk mengumpulkan segala maklumat dan menganalisa pelbagai bentuk idea khusus untuk melakukan perubahan kepada sistem pendidikan negara. JKDPN yang dianggotai oleh tokoh dalam pelbagai bidang ini telah pun berjaya menyiapkan laporan yang mempunyai 310 syor dasar pendidikan. Laporan penuh JKDPN yang telah diambil alih oleh PADU untuk dilaksanakan kajian makmal, hasilnya telah dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri ketika itu oleh Dr. Maszlee sendiri. Namun usaha ini telah dibiarkan begitu sahaja, sedangkan tahun 2021 ini segala syor yang dikemukan oleh JKDPN sepatutnya telah dijadikan sebagai intipati dalam sistem pendidikan negara.
Seterusnya, Dr. Maszlee dan pasukannya telah mengembalikan wibawa dan kredibiliti Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Antaranya, IPT diberikan kebebasan untuk mengadakan pelbagai wacana, forum dan perdebatan ilmiah oleh mana-mana tokoh sarjana dan ahli politik. Kemudian, memberikan kepercayaan kepada mahasiswa sendiri mengendalikan Pilihan Raya Kampus mereka dan menubuhkan Jawatakuasa Reform Institusi Pengajian Tinggi.
Akhir sekali, usaha beliau memimpin KPM telah memberikan penumpuan yang agak tinggi kepada usaha memperkasakan pendidikan TVET. Penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET pada 21 Julai 2018 untuk memperkasakan pendidikan dan hala tuju TVET. Segala usaha ini telah dikesampingkan setelah pemerintahan baru mengambil alih KPM.
Apabila ditanya tentang fasa pendigitalan dalam pendidikan, Dr. Maszlee menegaskan program pendigitalan pendidikan ini telah bermula sejak 2012 lagi dengan aksi pelancarannya dilhat gah dan gemilang. Dengan pelancaran itu, sepatutnya setelah 8 tahun, pastinya segala kelengkapan dan keperluan pendigital telah lengkap untuk digunakan sekarang memandangkan pandemik yang melanda negara. Sebaliknya, ia ibarat tidak pernah dilancarkan dan serba serbi kekuranga. Tegas Dr. Maszlee, antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan ketirisan dalam menguruskan sesuatu projek. Buktinya, setelah PH mengambil alih kerajaan persekutuan, terbongkarnya skandal dan penyelewangan yang melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mengulas isu perkembangan pendidikan semasa pandemik ini, Dr. Maszlee menyatakan pelaksanaan pendidikan semasa pandemik ini memerlukan kerjasama secara holistik daripada pelbagai kementerian antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan banyak lagi agensi kerajaan. Mereka harus bergerak seiring agar pelaksanaanya berjalan lancar. Namun, kementerian-kementerian ini hanya bekerja sendirian dan ibarat kerajaan dalam kerajaan.
Peranan atau pemikiran ibubapa perlu berubah sama sekali akibat daripada perubahan sistem pendidikan negara ini. Ibubapa harus melihat dengan pelaksanaan sistem pendidikan yang baru ini, murid tidak boleh diiktiraf sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh A dalam semua mata pelajaran semata-mata. Dengan perubahan ini, kejayaan murid dalam pelajaran perlulah dinilai dalam pelbagai aspek baru. Selain itu, KPM juga bertanggungjawab melihat semula pedagogi lama dalam sistem pendidikan serta mengolahnya mengikut kesesuaian pendekatan sekarang. Namun, KPM sering mendiamkan diri dalam hal ini dan akibatnya murid dan guru menjadi mangsa apabila guru gagal menyampaikan ilmu secara berkesan manakala murid gagal memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Sebab itu, Dr. Maszlee menegaskan bahawa Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan (MTPK) perlu diwujudkan segera dengan mengumpulkan individu daripada pelbagai latar belakang untuk menggubal semula sistem pendidikan semasa pandemik ini. Terkait dengan penubuhan MTPK, Dr. Maszlee menyatakan peranan MTPK boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Untuk jangka masa pendek, MPTK berperanan mencadangkan kepada KPM tindakan pengubahsuaian dalam sistem merangkumi keperluan mendesak. Contohnya, pedagogi dalam melaksanakan PdPR. Mengubah kurikulum sedia ada kepada kurikulum yang sesuai dengan masa pandemik. Selain itu, memperkasakan sistem jalur lebar dengan pelbagai cadangan merupakan peranan MTPK.
Bagi jangka masa panjang, MTPK harus berperanan menjalankan sesi libat urus dengan dengan pelbagai pemegang taruh dalam sistem pendidikan negara. Dengan libat urus ini, MTPK menganalisa dan mengemukan cadangan kepada KPM untuk menggubal keseluruhan struktur yang ada dalam sistem pendidikan. Reformasi sistem pendidikan negara harus dimulakan dari sekarang agar pendidikan di negara kita benar-benar membentuk kemenjadian murid.
Akhir bicara Dr. Maszlee, beliau menjelaskan bagaimana laman pembelajaran Sophia.my terhasil. Katanya, semasa memimpin KPM, beliau menginginkan dua perkara sebagai cita-citanya, iaitu mewujudkan TV Pendidikan khas dibawah RTM dan mempunyai sebuah laman rasmi pendidikan yang menghimpunkan pelbagai bahan pendidikan dibawah kelolaan KPM. Malangnya beliau tidak lama bersama KPM dan kerajaan PH juga tumbang menyebabkan impiannya melalui KPM terjejas. Kini, beliau bersama pasukannya melancarkan #PendidikanUntukSemua dan membina sebuah laman rasmi pendidikan yang ada kini iaitu Sophia.my. Pelancaran Sophia.my ini menepati masa yang sangat sesuai memandangkan pandemik memaksa pendidikan dijalankan secara digital.
Segala isi rencana hasil daripada bual bicara bersama YB Dr. Maszlee Malik anjuran Biro Pendidikan Pemuda AMANAH Nasional.
Oleh,
Syazmir Hariz Bin Noorazalan
Setiausaha
Biro Pendidikan Pemuda AMANAH Nasional

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...