Langkau ke kandungan utama

CENDEKIAWAN AMANAH LAMBANG KEBANGKITAN POLITIK ISLAM


Sejak AMANAH ditubuhkan pada 16 September 2015, AMANAH menerima kemasukan ahli dari pelbagai bidang, sama ada aktivis, ahli politik mahupun golongan profesional. Semasa dalam PAS dahulu, golongan-golongan ini dipecahkan mengikut kerjaya masing-masing. Sehingga menyebabkan PAS mempunyai jurang yang besar antara golongan agamawan dan golongan profesional. Kesannya PAS berpecah dan tertubuhnya AMANAH. Ertinya, amalan label-melabel dan berpuak-puak akan menghancurkan sebuah organisasi tersebut.

AMANAH yang kini menerima kemasukan yang begitu ramai dari golongan professional khususnya limuwan dan agamawan harus diletakkan di tengah-tengah ahli AMANAH. Ia bertujuan untuk memastikan kedudukan ilmuwan dan agamawan AMANAH ini berada di tengah-tengah kegiatan AMANAH dan tidak ada jurang antara mereka dengan ahli-ahli yang lain.
Dalam tulisan rencana khas YB Datuk Dr. Dzukefly Ahmad yang merupakan Pengarah Strategik AMANAH semasa ingin memperkenalkan AMANAH kepada umum bahawa AMANAH merupakan gerakan islam generasi kedua. AMANAH selaku gerakan Islam generasi kedua mengambil pendekatan maqasid syariah dan memberikan tumpuan kepada keadilan Islam dan ‘good governance’ kepada sebuah kerajaan yang ditadbir.
Oleh itu, pastinya umum melihat bahawa AMANAH adalah jelmaan baru kepada PAS sebagai sebuah parti Islam senior di Malaysia. Corak yang ingin AMANAH bawa dalam menguruskan golongan cendekiawan(baca agamawan dan ilmuwan) dalam AMANAH menjadi kayu pengukur. Hal ini amat penting untuk dilihat disebabkan AMANAH itu sendiri telah menyatakan bahawa mereka merupakan sebuah gerakan Islam. Pastinya memposisikan cendekiawan dalam parti menjadi asas penilaian.
Sejak ditubuhkan, nama-nama besar dalam bidang agamawan telahpun menyertai AMANAH. Antaranya ialah Anak Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz iaitu Ustaz Nik Omar(UNO). UNO menyertai AMANAH semasa gelombang rakyat untuk menjatuhkan Barisan Nasiona(BN) sebelum PRU ke-14 semakin memuncak. UNO membuat kejutan apabila diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat(PKR) bagi kerusi DUN Chempaka, Kelantan.
Selain Ustaz Nik Omar, Prof.Dr. Razali Nawawi yang merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) juga menyertai AMANAH pada 13 Mei 2019. Penyertaan beliau itu telah mengukuhkan lagi persepsi umum yang AMANAH merupakan gerakan Islam yang lebih berkesan dalam konteks negara Malaysia. Keilmuwan yang beliau ada haruslah dijadikan panduan dan intipati latihan perjuangan AMANAH, biarpun kita mahu dilihat sebagai sederhana dan progresif, namun aspek perkaderan dalam AMANAH harus diperkasakan dan pastinya segala nilai dan isi perkaderan itu boleh diambil dari murrabbi ummah ini.
Tokoh pendakwah terkenal, Dato` Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz juga telah menyertai AMANAH, Penyertaan beliau telah diumumkan semasa sambutan ulang tahun AMANAH ke-3 di Temerloh, Pahang. Beliau yang merupakan bekas Imam Masjid Negara yang telah melahirkan ramai ustaz-ustaz muda telah memberi keyakinan yang tinggi terhadap perjuangan AMANAH. Kata beliau, perjuangan AMANAH mirip kepada Islam sekali gus sesuai dengan selera beliau. Dengan pernyataan ini, tentulah Ustaz Hassan Mahmud mempunyai idea yang sangat banyak untuk dicurahkan dalam perjuangan AMANAH. AMANAH harus menyambut keyakinan beliau itu.
Selain tokoh-tokoh agamawan ini menyertai AMANAH, AMANAH itu sendiri mempunyai pemimpin-pemimpin dari kalangan cendekiawan. Antaranya adalah YB Datuk Hassanudin Mohd Yunus. Beliau yang merupakan tokoh awal yang sama-sama menubuhkan AMANAH bersama mantan pemimpin PAS. Beliau yang pernah memegang jawatan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Islam FELDA, menjadi antara jurutera yang membina AMANAH. Kini beliau merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) Parlimen Malaysia. Pengalaman beliau sebagai Timbalan Presiden IKRAM telah memudahkan urusan AMANAH untuk bergerak sebagai sebuah parti Islam dan peduli rakyat.
Semasa AMANAH sedang membina rangkaian masa depannya kepada khalayak umum, munculah Datuk Dr. Hassan Baharom menyertai AMANAH. Beliau yang merupakan bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara(UiTM) telah menyertai AMANAH bersama lima lagi tokoh akademik yang lain. Dr. Hassan adalah pensyarah berkelulusan bidang Siasah Syariah dan aktif dalam Wadah Pencerdasan Umat(WADAH), ABIM dan Majlis Belia Negeri Melaka. Tindakan AMANAH melantik beliau selaku Pengerusi Biro Pendidikan adalah tepat berdasarkan kemampuannya.
Jika PAS mempunyai Majlis Syura Ulamaknya yang dibarisi oleh sebilangan agamawan yang diketuai oleh seorang Mursyidul Am, AMANAH pula mempunyai Majlis Penasihatnya tersendiri yang terdiri daripada bukan saja agamawan malah dari kalangan pakar-pakar pelbagai bidang. Namun, AMANAH yang dibina atas perjuangan ‘Islam Rahmat Untuk Semua’ telah meletakkan kedudukan agamawan di tempat yang betul iaitu sebagai ketua dan timbalan ketua majlis ini. Beliau ialah Al Fadhil Ustaz Datuk Seri Hj Ahmad Awang selaku Penasihat Umum AMANAH dan Ustaz Ghani Shamsuddin selaku Timbalan Penasihat Umum AMANAH. Kedua-dua tokoh agamawan ini merupakan bekas pemimpin PAS tetapi mereka lebih menonjol apabila mereka berdua memimpin Persatuan Ulamak Malaysia dari tahun 1981-1999 dan 1999 hingga 2003.
Struktur ini bukan saja lambang kepada AMANAH sebagai parti politik Islam, yang lebih penting adalah memanfaatkan ilmu dan pandangan yang dibawah oleh agamawan ini. Ketokohan mereka akan diimbangi oleh Jawatankuasa Pimpinan(JKP) AMANAH Nasional dalam menyusun gerakkerja parti. Dengan itu, AMANAH akan lari jauh dari sifat walak membabi buta serta mendewa-dewakan golongan agamawan ini sehingga hilang kewarasan dalam membuat keputusan.
Akhir sekali,paling terkini yang menyertai AMANAH adalah Profesor Dr. Mohamad Kamil Abdul Majid. Beliau yang berkidmat lebih 35 tahun di Universiti Malaya merupakan pakar dalam bidang Usuluddin dan Pemikiran Islam. Kemasukan beliau kedalam AMANAH merupakan tamparan hebat buat PAS Kelantan. Hal ini kerana, Dr.Kamil Majid adalah cendekiawan yang berasal dari Kelantan dan pernah berkhidmat dengan Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK). Kemasukan beliau memberi kesan yang mendalam pada AMANAH. Jika tokoh-tokoh yang disebut sebelum ini masuk AMANAH semasa AMANAH baru bertempur ingin menawan Putrajaya dan semasa AMANAH menjadi sebahagian dalam memimpin Putrajaya, tetapi penyertaan Dr.Kamil Majid semasa AMANAH lemau dan sedikit hilang tumpuan apabila rampasan berlaku oleh sebilangan Perikatak Nasional. Kehadirannya memberi sinar lebih cerah buat AMANAH yang perlu diperkasakan semula dari semua aspek.
Kemasukan cendekiawan ini merupakan gelombang utama kebangkitan politik Islam melalui AMANAH. Masanya sudah tiba buat politik Malaysia ini diisi dengan politik rentas kaum. Pastinya tokoh-tokoh cendekiawan dalam AMANAH telah menilai parti mana yang paling sesuai disertai untuk memartabatkan Islam dalam konteks Malaysia. Mengapa mereka tidak menyertai PAS yang sudah pasti keislamannya terutama dari segi namanya? Mereka percaya bahawa AMANAH adalah parti masa depan untuk diharapkan menjaga maslahat umat.
Kesemua ini mampu dijayakan dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya, AMANAH harus menonjolkan mereka sebagai Ikon AMANAH yang bukan saja menjadi figura penting dalam AMANAH tetapi menjadi daya penarik masyarakat umum untuk bersama AMANAH. Kedua, buah fikir mereka sebagai golongan cendekiawan harus dijadikan panduan dan strategi AMANAH dalam terus-menerus membina dan mengekalkan AMANAH dalam persada politik Malaysia. Ketiga, mereka harus diberi ruang dalam AMANAH melalui pelbagai aspek agar masyarakat umum melihat mereka sebagai produk AMANAH. Pastinya AMANAH tidak menjual agama untuk mendapat keuntungan politik, tetapi AMANAH akan memanfaatkan segala ilmu yang ada dari tokoh-tokoh hebat ini bukan setakat untuk memimpin AMANAH tetapi lebih penting memimpin Malaysia yang lebih baik,harmoni dan berkebajikan.
Dengan kemasukan mereka ini kedalam AMANAH, iai mampu memecahkan pemikiran sempit soal agama dan kaum. Pastinya mereka berpaksikan ilmu yang ada, akan menyebar luaskan nilai politik beragama yang sebenar. Peranan mereka adalah memastikan setiap ahli dan pada masa depan masyarakat umum bahawa PAS atau AMANAH yang dikategorikan sebagai parti Islam merupakan salah satu platform,media dan mekanisme semata-mata dan bukanlah dianggap sebagai sebuah agama. Dengan cara itu, rakyat mampu menilai dan bebas memilih pihak mana yang dirasakan sesuai memimpin Malaysia tanpa merasakan mereka sudah jatuh kafir. Maka peranan yang paling penting adalah cendekiawan ini harus memecahkan tembok walak membabi buta dalam AMANAH dan menjadi role model kepada umum. Walaupun AMANAH belum mempunyai tanda-tanda ahlinya akan terus walak kepada pimpinan sehinngga kewarasan berfikir,namun ia harus dikekang mulai sekarang agar benih-benih ini tidak wujud dalam AMANAH.
Penulis tidak menulis perihal Mantan menteri Agama iaitu Datuk Dr. Mujahid dalam rencana ini bukan bermakna beliau tidak diiktiraf sebagai cendekiawan, tetapi kemahiran dan keilmuan naib presiden AMANAH ini perlu dihurai khas buat beliau. Ketokohannya dalam memimpin agensi agama semasa Pakatan Harapan(PH) memimpin 22 bulan telah terserlah. Biarlah kisahnya diceritakan dalam rencana khusus buat beliau.
Disediakan oleh
SYAZMIR HARIZ BIN NOORAZALAN
Penulis Politik - Tinta Siyasah

Ulasan

  1. Cendikiawan apa...Presiden pun Jahil....kata Nabi Muhammad pelarian...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANTI FAHMI FADZIL BERAKSI SEPERTI TOK MAT RAHMAT

  1.        Setelah Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, mata umum akan melihat akan semua gerak geri beliau khususnya dalam kepimpinan. Sebelum dinobat sebagai PM pun Anwar Ibrahim sudah kelihatan hebat, apakan pula setelah menjadi PM.   2.        Namun saya teringat akan pengajaran lampau semasa PH dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir memerintah Malaysia selama 22 bulan.     3.        Mulanya Tun dan kerajaan ini amat disegani, malah populariti kerajaan ini memuncak. Namun setelah kerajaan itu berjalan, kerajaan ini tenggelam dengan pelbagai tipu daya dan fitnah pembangkang.   4.        Umum mengetahui puncanya daripada pengaturan komunikasi kerajaan dan setiap kementerian yang lemah sehingga dakwaan yang tidak benar bila tidak dijawab akan menyebabkan ia menjadi maklumat yang sahih.    ...

MELAYU DAN BUKAN MELAYU DI MATA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR

  1.        Naratif melayu dan Islam senantiasa menjadi persaingan diantara PAS dan UMNO sejak dahulu lagi. Boleh dikatakan, PAS dan UMNO sentiasa berlumba mendapatkan pelanggan melalui sokongan Pengundi Islam.   2.        Namun UMNO mendapat kelebihan yang lebih seb agai sebuah parti politik apabila sudah adanya kerjasama bersama kelompok bukan Melayu Islam melalui MCA dan MIC didalam BN, sebaliknya PAS ketika era kepimpinan sebelum Ustaz Fadzil Noor belum ada hubungan rasmi dengan kelompok bukan Islam.     3.        Ustaz Fadzil Noor antara pemimpin PAS yang paling banyak melakukan perubahan secara menyeluruh kepada PAS sehingga ia mampu diterima oleh semua pihak. Antaranya, dibawah era beliau, kerjasama diantara PAS dan kelompok bukan melayu Islam dimulai secara rasmi dan lebih dekat.   4.        Dalam petikan ucapan Dasar Pres...

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...