Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

2021 : AMANAH YANG RAHMAH

Konvensyen Nasional 2020 Parti Amanah Negara telah melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. Pelbagai pandangan dan reaksi perwakilan terhadap ucapan pidato yang telah disampaikan oleh Presiden AMANAH sendiri YB Tuan Hj Mohamad Sabu. Dalam kesibukan perwakilan membangkitkan persoalan hala tuju yang ingin AMANAH bawa dalam konteks persepakatan politik termasuk isu 'Grand Coalition’, para perwakilan juga tidak ketinggalan dalam mengingatkan pimpinan agar memperkukuhkan nilai perkaderan ahli AMANAH. AMANAH melalui Biro Pembangunan Sumber Manusia dibawah pimpinan YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang bergandingan dengan YB Speaker Tuan Suhaizan Kayat telah menyusun langkah membina modul-modul asas yang wajar ditekuni oleh ahli-ahli AMANAH. Ditempat konvensyen berlangsung, selain banner mempromosikan sayap termuda dalam AMANAH iaitu WARDA berada disitu, satu banner yang memaparkan 7 ciri-ciri rahmah yang perlu disemai dalam ahli AMANAH juga terdapat disitu. Ia menarik perhatian penulis unt...

MENGUKUHKAN IDEALISME PERJUANGAN AMANAH

(RENCANA BERSAMA DATUK SALAHUDDIN AYUB, SEMPENA KONVENSYEN AMANAH NASIONAL 2020) Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengadakan konvensyen nasionalnya pada 25 Disember 2020 sehingga 27 Disember 2020. Acara tahunan yang terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 ini akan diadakan di sekitar bandaraya bersejarah Negeri Melaka. Sayap-sayap AMANAH iaitu Pemuda dan AWAN akan memulakan konvensyen mereka pada 25 Disember diikuti Konvensyen Nasional pada 26 & 27 Disember. WARDA merupakan sayap termuda dalam parti telah mengadakan konvensyennya lebih awal di Shah Alam. Sempena dengan acara besar AMANAH ini, penulis telah bertemu dengan YB Datuk Salahuddin Ayub yang merupakan Timbalan Presiden AMANAH sejak AMANAH ditubuhkan lagi. Tujuan penulis bertemu beliau yang juga merupakan ahli parlimen Pulai adalah untuk mendapatkan ‘input’ awal apakah yang beliau akan sampaikan kepada para perwakilan serta apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh semua ahli AMANAH. Seperti yang diketahui...

BENTUK KERAJAAN ATAU TIDAK: PH PERLU PENSTRUKTURAN SEMULA ORGANISASI DAN HALA TUJU

  Pada 22 September yang lalu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan semua pihak. Beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyddin Yassin yang diberi nama kerajaan Perikatan Nasional telah pun tumbang apabila Anwar Ibrahim telah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan. Dalam pengumuman tersebut, Anwar Ibrahim telah menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa beliau telah mendapat majoriti yang bukan sedikit tetapi melebihi sepuluh kerusi. Apabila wartawan bertanya adakah majoriti beliau 2/3? Beliau menjawab hampir. Persoalan dalam pemain politik dan pemerhati ialah siapakah ahli parlimen yang telah membuat pusingan u-turn untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dari sumber-sumber yang meledak dalam media sosial, ahli parlimen UMNO telah terlibat sama dalam menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Banyak faktor yang telah mendorong UMNO beralih arah kepada Anwar Ibrahim. Antaranya ial...

MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA

(TEMUBUAL 1 JAM BERSAMA CHIN TONG) Sejak sekian lama saya sangat teruja mahu bertemua mata dengan Mantan Timbalan Menteri Pertahanan semasa zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah. Beliau banyak menulis tentang idea-idea baru dalam pendekatan politik PH sama ada sebelum PRU Ke-14 mahupun selepasnya. Walaupun beliau tidak dapat bersama menyertai angkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat pasca-PRU, namun beliau dilantik sebagai ahli Dewan Negara mengisi jawatan selaku timbalan menteri. Beliau telah berpindah untuk bertanding kerusi Parlimen Kulai ke Parlimen Ayer Hitam. Namun beliau kalah tipis apabila berhadapan dengan Presiden MCA iaitu Datuk Wee Ka Siong. Sebagai orang yang dipilih menganggotai Majlis Presiden PH, beliau sangat berperanan besar dalam memberikan buah fikiran agar PH terus bergerak sebagai pembangkang dan kerajaan. Tidak dinafikan beliau antara pemimpin PH yang awal dapat menghidu gerakan untuk menumbangkan kerajaan PH. Pertemuan saya dan YB Senator disusun dalam tempoh sem...

SIAPA CALON KABINET BAYANGAN PEMBANGKANG PRU KE-15? (DIPERSEMBAHKAN UNTUK DIANALISA DAN DINILAI)

Setelah bermulanya persidangan parlimen edisi belanjawan 2021 hujung oktober lalu, khabar angin bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan semakin kuat. Persoalan yang ingin dibangkitkan oleh penulis ialah, sudahkah blok pembangkang yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai jumlah kerusi paling besar, bersedia menghadapi PRU seterusnya? Banyak aspek teknikal yang harus dipersiapkan oleh PH bagi menghadapi PRU akan datang, antaranya manifesto, agihan kerusi, penyelarasan jentera dan kabinet bayangan pembangkang. Maka tergerak hati penulis untuk menulis siapakah calon-calon kabinet bayangan dari blok pembangkang yang akan dipersembahkan kepada pengundi PRU ke-15. Pastinya ini merupakan aspek utama yang dilihat oleh pengundi selain manifesto dan calon yang bertanding bagi kerusi masing-masing. AMANAH Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan parti komponen paling muda dalam PH. AMANAH merupakan parti yang mampu menyaingi PAS, namun disebabkan kehadiran Parti Peribumi Be...

BELANJAWAN 2021: BENARKAH KERAJAAN PN PRIHATIN PADA PENDIDIKAN NEGARA?

Menteri Kewangan mengumumkan sektor pendidikan kekal menjadi sektor terbesar dalam belanjawan kali ini. Ini bukanlah satu keistimewaan buat kerajaan PN, kerana setiap tahun sektor pendidikan adalah sektor yang paling banyak mendapat peruntukan walau siapa juga menjadi kerajaan. Maka ia tidak boleh disifatkan sebagai istimewa buat kerajaan PN. Namun, malangnya pengumuman gah yang dibuat hanya melibatkan beberapa perkara iaitu memperuntukan sejumlah wang untuk penyelenggaraan fizikal sekolah, membaiki sekolah daif sabah dan Sarawak, bantuan Rancangan Makanan Tambahan(RMT), peruntukan pendidikan khas dan membina dewan terbuka di sekolah kerajaan. Jika Menteri Pendidikan dengan bangganya mengumumkan bahawa kerajaan memberikan peruntukkan yang besar pada pendidikan khas dan sekolah daif, perlu disedari ia adalah hasil kesinambungan dari belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Antara isu yang bolwh dilihat ialah: 1)Pendigitalan Pendidikan Disini dapat dilihat bawah p...