1. Meskipun mencecah usia 8 tahun pada 16 September 2023 ini, AMANAH merupakan parti junior dalam HARAPAN berbanding UPKO,DAP dan KEADILAN masih belum menjadi pilihan utama pengundi Melayu Islam. Adapun kemenangan calon-calon AMANAH dalam siri Pilihan Raya pasca Langkah Sheraton disebabkan beberapa faktor seperti kewibawaan calon, sokongan pengundi bukan melayu dan dan gelombang semasa. Amat tipis jika mahu mendapatkan jawapan pengundi memilih AMANAH kerana perjuangan Islam. 2. Persoalannya, benarkah AMANAH memperjuangkan Islam? Apakah beza AMANAH dan PAS sehingga terbahagi kepada dua jemaah? Yang lebih penting adalah dimanakah Islamnya AMANAH untuk dipertontonkan kepada masyarakat. Seperti tulisan penulis sebelum ini, mahu tidak mahu, AMANAH mesti menonjolkan keislamannya dari pelbagai sudut demi mendapat kepercayaan orang melayu Islam. 3. Soal b...