1. Beberapa hari yang lalu, merupakan genap setahun langkah pemula secara terangan usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dengan pelbagai cara. 2. Paling awal meraikan kejayaan setahun kerajaan PH jatuh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS dengan menyatakan bahawa kejatuhan kerajaan PH merupakan satu peristiwa bermakna kepada pemulihan negara. 3. Namun, tidak perlu PH menjawab kenyataan tersebut, para netizen warga maya pantas membidas dengan pelbagai reaksi. 4. Ahli politik terutamanya PH menekankan bahawa langkah sheraton merupakan satu permulaan kepada kerosakan demokrasi negara seterusnya kepimpinan yang longgar dan tipis menjadikan negara hilang keyakinan dan tadbirurus kecacatan. 5. Namun, harus diingati juga bahawa langkah ini merupakan permulaan kepada proses mencampakkan sistem pendidikan ke lembah yang paling hina. 6. Lihat sahaja selepas langkah tersebut banyak tindakan yang telah mengubah seratus peratu...