Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

JOHOR PERLUKAN KEPIMPINAN SUHAIZAN KAYAT

  1.        Sejak Langkah Sheraton, kejatuhan kerajaan secara domino telah berlaku hampir semua negeri Pakatan Harapan kecuali Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Negeri Johor juga turut terkesan memandangkan negeri tersebut juga mempunyai perkongsian kuasa yang lebih kurang sama antara AMANAH, BERSATU dan KEADILAN. Manakala DAP kekal sebagai komponen yang paling banyak kerusi dalam kerajaan Johor. Kebiasaannya apabila kerajaan bertukar, speaker juga akan ditukar dengan tokoh yang dinamakan oleh kerajaan baru, namun tidak di Johor.   2.        Maka Tuan Speaker Suhaizan Kayat yang dilantik sebagai speaker Dewan oleh PH kekal menjalankan tugas sehingga Dewan sah dibubarkan. Semasa ura-ura Dewan akan dibubarkan, selain Menteri Besar, beliaulah individu yang dicari oleh pihak media bagi memberi gambaran situasi teka-teki di Johor. Namun, beliau tetap bertindak profesional dalam menjalankan tugas meskipun suda...

UNTUNG NASIB PARTI MUDA

  1.        Parti MUDA atau nama penuhnya Ikatan Demokratik Malaysia menjadi perhatian umum sejak ia ingin ditubuhkan sehinggalah ia rasmi ditubuhkan. Tambahan lagi, apabila UMNO-BN membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor dan mengadakan Pilihan Raya Negeri menyebabkan Parti MUDA lebih dipandang dalam arena politik. 2.        Meskipun hanya ada seorang ahli parlimen sahaja, langkah MUDA nampak cergas dan pantas seiring dengan namanya. Sebagai parti paling muda ditubuhkan dari pihak pembangkang, MUDA mampu menjana kutipan dana dalam sesuatu program dengan lebih tinggi. Ia dilihat sebagai tanda-tanda bahawa MUDA mendapat sokongan yang kuat dari pelbagai pihak. Nasib Untung MUDA 3.        Seperti diawal penulis perkatakan, PRN Johor mampu melonjakkan nama MUDA dipersada politik jika gerakannya dalam melangkah atau mencatur politik kena pada tempatnya. Dahulu MUDA telah ditekan berkali-kali a...