Sejak AMANAH ditubuhkan pada 16 September 2015, AMANAH menerima kemasukan ahli dari pelbagai bidang, sama ada aktivis, ahli politik mahupun golongan profesional. Semasa dalam PAS dahulu, golongan-golongan ini dipecahkan mengikut kerjaya masing-masing. Sehingga menyebabkan PAS mempunyai jurang yang besar antara golongan agamawan dan golongan profesional. Kesannya PAS berpecah dan tertubuhnya AMANAH. Ertinya, amalan label-melabel dan berpuak-puak akan menghancurkan sebuah organisasi tersebut. AMANAH yang kini menerima kemasukan yang begitu ramai dari golongan professional khususnya limuwan dan agamawan harus diletakkan di tengah-tengah ahli AMANAH. Ia bertujuan untuk memastikan kedudukan ilmuwan dan agamawan AMANAH ini berada di tengah-tengah kegiatan AMANAH dan tidak ada jurang antara mereka dengan ahli-ahli yang lain. Dalam tulisan rencana khas YB Datuk Dr. Dzukefly Ahmad yang merupakan Pengarah Strategik AMANAH semasa ingin memperkenalkan AMANAH kepada umum bahawa AMANAH merupakan ger...