Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

PRN JOHOR : KESATUAN PEMBANGKANG HARAPAN BUAT RAKYAT

GELORA UMNO 1.        Angin bertiup kencang di Johor pada 2, 3 minggu ini setelah mantan Menteri Besar Johor, Allahyarham Dato Osman Sapian meninggal dunia. Angin yang bertiup sejak langkah sheraton terlaksana itu membadai Johor lebih kuat apabila kerusi Dewan Undangan Negeri kerajaan dan pembangkang hanya dibezakan 1 kerusi sahaja. Meskipun kerajaan dan PH saling berpadu kerjasama bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat diatasi di Johor, namun UMNO sebagai parti utama dalam kerajaan Johor tetap membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor   22 Januari yang lalu. 2.        Jelaslah disini bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor bukanlah atas percaturan antara kerajaan dan pembangkang, tetapi ia adalah percaturan antara pemimpin UMNO sendiri yang saling berlumba untuk memastikan mereka kekal relevan menuju Pilihan Raya Umum akan datang. Agak sinis apabila UMNO menyatakan bahawa Pilihan Raya Johor diadakan bagi mewujudk...

PAKATAN HARAPAN : MEMANDU KESTABILAN POLITIK DAN KEPEDULIAN RAKYAT

Musim rakyat merasa lesu pada politik semakin terbukkti. Rentetan dari permainan silap mata mereka yang mengkhianati mandat rakyat sejak Langkah Sheraton 2020 sehingga kini, menyebabkan rakyat sudah mula bosan dan mengambil sikap putus harapan kepada politik Malaysia. Walaupun permainan silap mata itu dilakukan oleh mereka yang khianat pada mandat rakyat, namun mereka yang teraniaya dari pengkhianatan itu dan setia mempertahankan mandat rakyat juga terkesan teruk dengan lesu politik yang digambarkan oleh rakyat. Bunga-bunga ketidakstabilan memang kelihatan ketika kelompok dalam PH sentiasa membahaskan proses peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua pihak perlu akui bahawa kegagalan menguruskan persepsi ini menyebabkan PH sentiasa digambarkan tidak stabil dan mendorong proses pengkhianatan itu berlaku. Namun ia tidak sampai kearah sebuah kerajaan itu dijatuhkan manakala huru – hara politik berlaku. Sebaliknya, alasan yang digunakan oleh para pe...