Dua tiga minggu ini, sama ada di media sosial mahupun media massa banyak membicarakan soal kelangsungan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam politik Malaysia. Penulis tidak pasti, sejak bila kedudukan AMANAH ini diperdebatkan, namun penulis perasan ia bermula apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) AMANAH Negeri Johor berpindah ke parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Walaupun perpindahan tiga ADUN ini ke dalam PKR adalah sejak 2020, namun ia diumumkan secara rasmi beberapa minggu yang lalu. Sejak pengumuman itu, pelbagai hujahan dan kritikan terhadap AMANAH dilemparkan. Sama ada ia mahu mengukuhkan AMANAH atau mahu memencilkan AMANAH dalam politik Malaysia, ia lebih banyak membicarakan soal sikap yang diamalkan oleh AMANAH dan jalan yang harus dipilih oleh AMANAH sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tiba. Penulis mengambil maklum dan membaca segala rencana-rencana tersebut dan penulis akui bahawa persoalan diatas amatlah penting...